Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, April 23, 2010

MUKADDIMAH CINTAKU

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...





Cintaku padamu sang lelaki
Hampir aku dihanyut arus
Tak tertolong lagi

Cubaku rungkai takdir yang bersemi
Dengan ketenangan yang menjengah
Ku pasrah sendiri

Kian aku mengerti hakikat
Kerna cintaku pada duniawi
Membuat aku kaku dan sepi

Ingin aku rencana kembali
Satu perjalanan menuju Illahi
Ingin aku tafsirkan kembali
Episod hidupku menuju ukhrawi

Kukerah kudrat,tegar di hati
Walau butir air jatuh di pipi
Ku tinggal segala kejahilan lalu
Demi sebuah cinta nan suci

Ketahuilah,
Rentetan ini,titik permulaan
Memadam kesilapan silam
Perjalanan ini satu hakikat
Satu kenyataan

PadaMu Ya Rabbi,
ku utus
Mukaddimah cintaku…

1/2/2010 8.24pm

~Ilham tuk menulis kata-kata ni aku dapat bila aku dengar perkataan Khatimah Cinta(pengakhiran cinta)..
~terus meluncur laju segala idea untuk mengarang..hehe

Emm..sebenarnya aku nak katakan puisi ni sajak..tapi takder yang nak deklamasikan..
Untuk kata ia satu syair,macam lain jer..kehkeh
Untuk katakan ia satu lagu,tiada yang ingin menyanyikannya..
Untuk katakan ia suatu rahsia,maka telah aku coretkan untuk semua..
Jadi,aku noktahkan biarlah ianya menjadi satu lukisan hati..

Yang mungkin hanya aku sahaja yang fahami..
Memang,mungkin aku sahaja yang fahami…
Oh! Tidak…ALLAH yang lebih memahami!!

No comments:

Post a Comment