Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, April 30, 2010

selamat hari lahir cikgu...

Salam...selamat hari lahir cikgu...

kata cikgu,nak buat esei,pastikan ada UBI
"Ungkapan Bahasa Indah"
boleh jadi karangan "world class"...=)

cikgu,tanpa cikgu dunia tak sempurna,jika sudah sempurna,apa perlu ALLAH ciptakan kita..
tidak ALLAH jadikan sesuatu perkara itu sia-sia..
dan kerana keistimewaan cikgu...kerana kelebihan cikgu,
anak-anak muridmu mampu berdiri dengan penuh keyakinan,bertanding dengan penuh kesungguhan,belajar dengan penuh semangat...penuh motivasi dari cikgu..

semoga cikgu akan terus mengajar dengar penuh ketabahan...
penuh kesungguhan..sepertimana cikgu ketika diriku masih di sana...=)

cikgu,selamat hari lahir..semoga kebahagian menjadi milik cikgu dunia dan akhirat=)

"restumu guru,semangat kami"


~hari ni hari lahir salah seorang cikgu sekolah menengah aku..cikgu muhammad daud
cikgu ajar kami BAHASA MELAYU
subjek kegemaran aku..

rasa sebak pulak bila hantar wish kat cikgu kat wall FB cikgu..=(
tiba-tiba pulak tuh aku rasa mcm tu...
emm..cikgu terlalu banyak berjasa kepada aku,dan kawan2...
sekali lagi aku rasa sebak...
cikgu seorang guru yg selalu bagi motivasi kat kelas...
nasihat....
yang menjadikan aku belajar untuk hidup dengan penuh semangat dan ketabahan!!!!

cuma hati aku di pagut pilu..bila fikirkan kisah dahulu..
kisah yang pernah mengguris hati ramai pendidik...

sebagai salah seorang pelajar bacth 0307 yang berada di tahun dan peristiwa itu,


cikgu,maafkan saya....
restumu guru,semangatku,semangat kami!!!

No comments:

Post a Comment