Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Wednesday, May 19, 2010

masih putih lagi

Assalamualaikum..
Komunikasi verbal:bukan vokal:sila baca dengan penuh perasaan,intonasi yang sesuai


Ligat saraf aku berputar

Kalut mencari kunci

Membuka pintu otak

Kanan dan kiriku

Mula terasa padat

Sepadat kau tonyohkan isi

untuk badan karipap itu

Mencari-cari sesuatu

Kopi KOPIKO!(nada jerit) habis kau!

Tapi habismu tak membantuku

Tiada apa yang muncul

Bukan aku putus cinta ya

cinta lagi!

Mahu kau jadi Majnun?

Menagih cintanya Laila?

Ingat kau pada Romeo?

Juliet ya pasangannya

Henti!noktah.untuk itu!

Apa?apa sebenarnya?

Huh!aku pun tak tahu

Melakar sesuatu di bayangan

Sengit!siapa yang mencuri karyaku

Mata mulaku pejam

Sekuat-kuatnya

Seperti cuba mentafsir sesuatu

Dahi mulaku picit-picit

Hingga terasa ukiran kedutan itu

Ah!pusing!aku pusing!

Yang muncul hanya kau!

Kau lagi!cuba kau lari!(nada mendesak)

Kau dah ada dunia sendiri

Pun juga aku(nada mendatar)

Sepi malam ini

Ah!ada juga pengacaunya

Diam kau kipas!

Desir anginmu tak menenangkanku

Kata hati ‘’kipas juga mangsamu’’

Konsentrasiku gelap

Tiadaku lihat cahaya dalam terang ini

Ya,aku mula buntu

Tiada terbit satu apa pun

Yang tersurat hanyalah ini

Hanyalah ini

Tersiratnya..

Masih putih lagi..

sesuai untuk sesiapa yang kehilangan idea ketika ingin/sedang membuat kerja/assignment/mencipta sesuatu/mencari sesuatu/mengingat sesuatu

2 comments: