Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Tuesday, May 11, 2010

wahai insan yang di sana,mungkin saja ini kau dengar,melewati semesta ini aku sampaikan

Assalamualaikum...

1997,bulan Ramadhan,

Satu petang di tanah kelahirannya,

sedang kami bermain-main di luar rumah,"bang wan.."pak cikku memanggil abang sulungku.
Seperti biasa kami adik-beradik yang lain mengikuti abangku ke dalam rumah.

Kaku.Sayu.

Tertutup rapat matanya
Terdiam aku x terkata apa
Hanya air mata peneman setia

ummi pergi jua.

13 tahun berlalu,

Peristiwa yg tak pernah padam dalam ingatan
Masih jelas,mampuku lakarkan
Episod hidup penuh pengertian

Inginku luahkan ummi,
tiap tangisan yang aku deraikan
Inginku kongsikan ummi,
tiap kejayaan yang dilakarkan
Ingin sekali aku katakan
abah terlalu bekerja keras
demi memberi yang terbaik
untuk anak-anaknya


Malam itu,
abah berbicara lagi tentang ummi
Kami memasang telinga..
Jam menganjak tengah malam
abah masih setia
berbicara kisah silamnya
tentang ketabahan seorang ibu
tentang kesetiaan seorang isteri
tentang kesakitan yang ummi alami
Kami terpaku x terkata lagi

Jujur,
aku tak mampu berkata sebanyak mereka
jika di tanya "siapa ibumu?"
mungkin aku tak sehebat mereka
mengetahui setiap sudut cerita seorang ibu
Namun,bagiku,bukanlah itu jadi ukuran
kasihnya anak pada si ibu
sayangnya anak pada ratu sanubari

Hanya doa yang menutur di bibir
Hanya kenangan yang mengikat kasih
moga ummi bahagia di akhirat sana

Amin.

Terima kasih ummi,terima kasih untuk segalanya...


walau kini dirimu berpengganti..
ummi tetap satu di dalam hati..
dulu,kini,hingga akhir nanti...

wahai insan yang di sana,mungkin saja ini kau dengar,melewati semesta ini,aku sampaikan..

::laju..ku biarkan air mata ini jatuh(-_-)::



MORAL OF THE STORY

sebab inilah,mungkin selalu kedengaran aku katakan..

hargai insan2 di sekeliling anda..
kerana esok belum tentu milik kita..
belum tentu,belum tentu...
kerana bila kita kehilangannya..
pasti kerinduan itu bertakhta di hatimu...




5 comments:

  1. al-fatihah buat ummi.
    banyakkan bersabar dan redha.
    insya-Allah ummi bahagia kat sana, di sis-Nya.

    ReplyDelete
  2. InsyaALLAH..pikah pon..hargailah semua yang masih ada..:)

    ReplyDelete
  3. x mao sedih2!!
    be str0ng k
    be A g0od girl then she'll be smiling up there
    \(^______^)/

    ReplyDelete
  4. ady:ya la bah,ndak la bah sedih..hidop mesti di teruskan,hargailah mak bapak kita..:D

    kokoro a.k.a kak nana:orait!kak nana pon,mesti kuat hadapi ujian hidop,manusia datang dan pergi,itu hakikat..maka redho dengan apa yg ALLAH takdirkan,krn ada hikmah disebalik kehilangan..
    thank you:D

    ReplyDelete