Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, June 20, 2010

Tanya aku,Jawab Abah

Assalamualaikum...

pernah tak korang rasa marah kat abah?
kenapa?sebab abah suruh masak ke?
sebab abah suruh sekolah asrama ke?
sebab abah suruh cuci baju sendiri?sebab abah x bagi duit belanja?
atau sebab abah suruh solat?atau sebab kena marah result exam tak bagos?
atau sebab hidop miskin?atau sebab abah gadoh ngan mak?
tapi sebenarnya perlu ke kita marah?
Tanpa pernah kita cuba memahami kenapa???
dan pernahkah korang terfikir di luar sana ada yang tak senasib dengan kita,kita yang dapat perhatian seorang ayah,yang dapat didikan agama dari ayah,yang dapat kesenangan hidup dr ayah,yang dapat
nasihat dikala rasa down,yang dapat apa2 sahaja dengan senang..
Tapi sebaliknye ader yg tak rasai semua ini..
Ade yg telah pergi buat selama-lamanye,ada yang tak penah pulang2 rumah,ada yg tak pernahpon kenali siapa ayahnye,
maka,masihkah kau tak mahu bersyukur??
aku mohon,mari kita doakan kpd mereka yang tidak senasib dengan kita agar ALLAH memberi hidayah kepada insan bergelar ayah untuk menyedari nilai seorang anak..
nilai sebuah kehidupan..

Firman ALLAH yang bermaksud:
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku…” (Al-Baqarah : 186)

''Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Rabb (Tuhan) kita turun di setiap malam ke langit terendah, iaitu ketika sepertiga malam terakhir, lalu Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, Aku ampunkan untuknya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)''

pagi tadi,meluncur laju huruf2 di bawah membentuk kata-kata:)

Tanya aku,
Abah,
di mana aku sekarang?
Jawab abah,
Selamat datang ke dunia
Abah mengazankan aku
ketika aku baru lahir

Tanya aku,
Abah,dunia ni seronok ke?
Jawab abah,
Dunia ini syurga bagi yang inginkan keseronokan semata
Takutilah dunia ini
kerana kita bisa hanyut lupa akan akhirat

Tanya aku,
Abah,kenapa mak marah?
Jawab abah,
itu tanda mak sayang.

Tanya aku,
Abah, kenapa mak pergi dulu?
Jawab abah
kerana mak bukan milik kita

Tanya aku,
Abah,mak mlik siapa?
Jawab abah,
mak milik Yang Maha Esa

Tanya aku,
Abah,kenapa mak pergi tak kembali?
Jawab abah,
kerana KEHILANGAN akan mengajar
erti kehidupan

Tanya aku,
Abah,mak cantik tak?
Jawab abah,
Dialah bidadari di hati abah

Tanya aku,
Abah,
kenapa abah kerja kuat?
Jawab abah,
supaya anak-anak abah akan senang nanti

Tanya aku,
Abah,kenapa kena tutup aurat?
Jawab abah,
itu suruhan ALLAH
jangan berasa berat untuk menutupinya
kerana berat lagi azab jika mengingkarinya

Tanya aku,
Abah,boleh aku jatuh cinta?
Jawab abah,
Boleh,tapi ingat,cinta manusia semata tanpa cinta Tuhan
tiada ertinya
akan membuat kita leka dan hanyut

Tanya aku,
Abah,boleh aku jadi seseorang?
Jawab abah,
Boleh,tapi jadilah seseorang yang beriman

Tanya aku,
Abah,apa abah juga kan pergi jauh?
Jawab abah,
Sudah pasti,tapi
biarlah jauh di mata
sungguh dekat di hati

Lalu kata abah,
Ingat pesanan-pesanan abah,
Kenapa abah?
kerana abah akan pergi jua
pergi kemana abah?
ketempat mak..
Takkan kembali?
ya,takkan kembali
Kita milik ALLAH wahai anakku..

Abah tersenyum penuh makna
Aku turut senyum mencari makna...

terima kasih abah..\(^_^)/
moga syurga menjadi tempatmu..
amin..


3 comments:

  1. dan mungkin anak2 bukan dicipta untuk mengisi kekosongan ibu bapa kita , tapi ibu bapa yang diciptakan untuk menyempurnakan hidup anak2 mereka =) wallahualam.

    ReplyDelete
  2. maka mari kite hargai pengorbanan yang telah mereka berikan.
    jika langit pasangannya bumi
    bintang pasangannya bulan
    lelaki pasangannya perempuan
    suami pasangannya isteri
    guru pasangannya murid
    maka ibu bapa pasangannya anak-anak

    saling melengkapi antara satu sama lain
    saling menyempurnai antara satu sama lain.
    peace!no war:D

    ReplyDelete