Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Tuesday, July 6, 2010

KISAH 3 HERO

Assalamualaikum..

KISAH 3 HERO(^_^)

PERISTIWA

Namaku PERISTIWA,Nickname ku KEJADIAN:D
Aku mempunyai hayat hidop yang panjang.Kerana selagi yang bernama manusia hidup,maka aku akan selalu ada.
Mood aku boleh jadi SEDIH,BEST,MARAH,BENCI,INDAH,dan berbagai-bagai lagi mood,yang kadang2 kerana aku PERISTIWA,menyebabkan kehidupan manusia bertambah indah dan kadangkala juga bertambah tensen.Aku boleh mendatangkan kesan yang mendalam pada manusia
Contohnya,yang biasa manusia dengar ialah PERISTIWA 13 MEI 1969.Masihkah kau ingat?
dan tarikh PERISTIWA bersejarah ini juga menjadi satu tarikh lahirnya tuan empunya blog 21 tahun kemudian pada tarikh yang sama:p

Tag line aku:
Wachaaa!!!!
Tapi,percayalah kerana aku juga yang bernama PERISTIWA,maka,hidup manusia hampir sempurna.


PENGALAMAN

Nama diberi PENGALAMAN.Diulang,PENGALAMAN.Nama machoo ku Experience,hoho.Well,well,well.Aku hidup seiring dengan PERISTIWA.Kerana terjadinya PERISTIWA,maka manusia mendapat aku yang bernama PENGALAMAN.Tahap kesihatan aku juga boleh bertambah baik,dan buruk.Adakala PENGALAMAN indah,adakala PENGALAMAN pahit.
Aku banyak mendatangkan manfaat kepada manusia.Ya,aku membisikkan kepada manusia
''kau perlu berhati-hati setelah PERISTIWA itu terjadi"
''kau perlu ingat akan PERISTIWA yang lepas agar kau tak ditipu lagi''
Ya,walaupun kadang2,aku yang bernama PENGALAMAN ini tak memberi kesan kepada sesetengah manusia,kerana ada juga manusia yang tidak mahu belajar dr PERISTIWA yang telah menimpa diri mereka
''masih melakukan KESILAPAN yang sama''
Walau apapun,percayalah,aku yang bernama PENGALAMAN,ingin menegaskan di sini

Tag line aku:
Cayaalaah..
''Pengalaman itu selalu mengajar manusia erti kehidupan'':D

KENANGAN

Namaku KENANGAN.Panggilan kegemaran rakan2ku,MEMORI,bukan memori card,bukan memori daun pisang,tapi MEMORI.Tapi nama komersialku,SEJARAH:D
Aku wujud kerana adanya PERISTIWA dan PENGALAMAN.Aku sedar yang aku banyak menjadikan manusia marah,kerana aku yang bernama KENANGAN terlalu pahit untuk diingati.Kadang2,aku juga berjaya menjadikan manusia tersenyum seorang diri apabila mengingati KENANGAN yang indah dan lucu.
Justeru,aku yang bernama KENANGAN,tak kan pernah lari dari kehidupan manusia.Walaupun diberikan helaian ringgit malaysia berjuta-juta,mana bisa aku luput dalam cerita hidup seorang insan.Aku jujur yer-__-.Kerana itulah hakikatnya,manusia sentiasa bermain dengan aku yang bernama KENANGAN.

Tag line aku:
''Kenanganku kepadamu..tara ku..ca..tara ku..ca..ku..ca..
Selagi hayat dikanduunng badan,engkau seorang jadi pojaan...lalala^_~(Jeffri Din)''

MORAL OF THE STORY:jeng...jeng..jeng...:D

Dalam kehidupan kita yang tak panjangpon sebenarnya ni,kita akan selalu bertembung dengan apa yang dinamakan KENANGAN.KENANGAN memang selalu mengikuti kita,umpama bayang2 kita sendiri.KENANGAN ini takkan muncul jika kita tidak melalui apa yang dinamakan PERISTIWA.PERISTIWA memang selalu wujud dalam perjalanan hidup kita.Tak kiralah kita seorang pembakar roti,penjual nasi ayam,penyanyi rock,pendakwah,pelajar,dan penjahat.PERISTIWA sentiasa hadir dalam hidup kita.Dan akhirnya,KENANGAN itu muncul menerjah ruang minda kita sebagai seorang manusia.

Kisah kehidupan 3 sekawan ini bukan kisah aku seorang,malah kisah kau,kau,kau,dan kau,serta kau lagi.Selepas anda membaca cerita ini,mungkin dan pasti anda akan mengingat,teringat,atau diingatkan tentang sesuatu PERISTIWA,PENGALAMAN dan KENANGAN anda sewaktu zaman muda-muda dulu:p

Apapun yang terjadi,ingatlah bahawa,


apa agaknya???







Akan tiba satu PERISTIWA yang bakal kita lalui,di mana PENGALAMAN itu takkan kita mampu ceritakan kepada generasi kita nanti,ia malah menjadi KENANGAN untuk orang lain.

''Peristiwa yang dinamakan KEMATIAN.''

Mana bisa diceritakan peristiwa di alam kubur kepada orang lain kerana di saat itu kita sudah tidak bernyawa.-_-'Dan hanya yang melihat kita pergi,bisa menjadikan ia satu KENANGAN yang menyedihkan atau KENANGAN yang menginsafkan...


Seorang sahabat bertanya, "Ya Rasulullah, pesankan sesuatu kepadaku yang akan berguna bagiku dari sisi Allah." Nabi Saw lalu bersabda: "Perbanyaklah mengingat kematian maka kamu akan terhibur dari (kelelahan) dunia, dan hendaklah kamu bersyukur. Sesungguhnya bersyukur akan menambah kenikmatan Allah, dan perbanyaklah doa. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui kapan doamu akan terkabul."
(HR. Ath-Thabrani)


nantikan sambungan cerita yang bernama KENANGAN^_^

2 comments: