Assalamualaikum...
Aku tak mahu
Jika malam menyambutku
dipenuhi maksiat
anak-anak muda ke sana ke mari tanpa tujuan
Laungan merdeka bersama air setan
Aku tak mahu
jika merdeka
tapi kalam suci Al-Quran
kau biarkan berhabuk
tak disentuh
solat masih tak memberi cahaya
Aku tak mahu
jika merdeka
tapi kau bangga dengan kebaratan
kau bangga dengan pakaianmu
yang tak cukup kain
kau bangga dengan rambutmu
tapi kau biar menjadi tatapan sang lelaki
Apa kau fikir itu merdeka?
Kau salah
belum sempurna merdekamu....
Warkah di pagi merdeka
Aku bersyukur kepada ALLAH kerana dengan kasihNya
kita merasai nikmat merdeka
Aku bangga melihat negara ini merdeka
Aku berterima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan
Tapi aku malu,aku sedih
melihat generasi kini ibarat men''jahiliahkan'' diri
melaung-laung kata merdeka
tapi kosong,tiada makna
minda terjajah mengikut telunjuk barat
DATING,COUPLE tetap menjadi pilihan
sedang kau tahu ia pintu kehancuran
pintu kemaksiatan
Kau tahu,tapi masih belum sedar
Kau lihatkan,kau tahukan
berapa ramai bayi yang hilang nyawa
MATI
dikerumuni semut,tergantung di pohon pokok,
dibungkus di dalam plastik
dek kerana cinta yang tak halal
dek kerana cinta nafsu semata-mata
kau biar dia sentuh kau
kau biar dia peluk kau
kau biar..kau biar..kau biar..
Apa kau masih tak gerun
melihatkan natijah
berdua-duaan tanpa sah!?
Apa kau tak takut ALLAH?
melihat kita di mana-mana?
Ayuh,
merdekalah dengan sebenar-benar merdeka...
saiyidatulshufwahjabilin
12.36 pagi
31/08/2010
Ni tulis sendiri ke atau copy paste?
ReplyDeletebetul. betul. betul..penjajahan minda masih b'laku disini. me tOo..saya belum merdeka.T_T
ReplyDeletebg ram:tulis sendiri..hehe
ReplyDeletenisa:mari kita merdeka....
ReplyDelete