Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, September 5, 2010

Part 2:sakit:Moga-moga Allah izinkan saya hidup lagi esok hari

Assalamualaikum..


Sakit itu takdir yang telah ALLAH SWT tetapkan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :
Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”.(QS. Al-Hadid : 22).


Sakit itu penghapus dosa.

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam,bersabda:
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.

(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.

(HR. Bukhari no. 5641).


Redo dengan apa yang ALLAH takdirkan.

Anas r.a berkata, Rasulullah bersabda:
bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian, dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka,
kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda,
maka dia akan beroleh keredaan Allah,
dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu ,
maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.
( at-tirmidzi dan ibnu majah)

Sakit menyedarkan aku yang mungkin sebelum ni
aku lalai terhadap ALLAH..
aku jauh dari ALLAH..
aku lupa kepada ALLAH..
aku banyak lakukan kemungkaran tanpa sedar...
Sakit menyedarkan aku esok belum tentu milik aku..

hayatilah lagu ini...muhasabah cintaku

No comments:

Post a Comment