Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Saturday, November 20, 2010

harap2 ada yang memahami...-_-'

Assalamualaikum...

Kau tahu,dalam kehidupan ini,banyak betul cabaran.Hidup macam roda yang berputar.Kadang-kadang kita di atas,dan kadang-kadang kita di bawah.Kita selalu ingat ALLAH masa susah,tapi sepatutnya masa senang kita kena ingat ALLAH,bersyukur atas apa yang ALLAH kurniakan kepada kita.
Kadang2kan,aku rasa berdakwah ni memang berat,nak kena bagitau orang,nak kena nasihat orang,nak kena ajak orang berbuat baik.Dan mungkin juga adakala apa yang kita kata,apa yang kita beritahu,ada saja alasan dan kata2 balas.Bukan mudah juga nak memahamkan seseorang.Apa yang kita rasa,apa yang kita nak orang tahu.Emm..Contohnya,dalam bab couple,kadang2 ada orang kata
''kau tak faham kenapa aku ada boyfriend''
Ya,banyak faktor orang akan couple,banyak sebab,banyaaaak sebab!!!Aku tak nafikan.
Tapi,dalam pada masa kita memahami kenapa perlu ada boyfriend/girlfriend,bukankah kebenaran tetap perlu di nyatakan?betul tak?emm..aku rasa sangat kosong..
Selalu orang kata,berkata benarlah sekalipun kebenaran itu pahit''

Kau tahu,cuma,kadang2 juga hati aku ditebak dengan satu persoalan,''orang faham tak kenapa seseorang memberi tahu sesuatu yg benar?kenapa seseorang berusaha nak menolong dia?kenapa seseorang berusaha nk tarik dia ke arah kebaikan?
kau rasa orang faham tak???=(
Bukan ke ALLAH yang suruh kita mengajak ke arah kebaikan?kan?

Kau tahu,kadang2 aku rasa sangat sedih..bila apa yang diperkatakan seolah-olah dimain-mainkan..ntahlah mungkin cuma perasaan aku,jangan berburuk sangka kan?
dan sedih jugak kalo ada yang kata,''kau ni tak payah nak tunjuk baik,bajet baik la ko ni''
harap2 tak de lah yg berfikiran sebegitu.
Bukanlah nak tunjuk baik,tp,itulah kdg2 aku terfikir,orang faham tak kenapa seseorang nak tolong seseorang..Semua manusia biasa buat salah,kita tak rugi saling mengingati..
Dan kau tau,kdg2 aku rasa sedih bila orang tak nak berubah...
tapi

aku kembali muhasabah diri
aku tak patut terlalu bersedih
kerana aku perlu sedar bahawa

HIDAYAH itu MILIK ALLAH
bukan milik aku,atau siapa-siapa..
bila aku tersedar,baru aku tenang..
kita sebagai hamba ALLAH kena usaha nak tolong orang lain,supaya sama-sama ke arah kebaikan.Apabila dah usaha, kita kena serahkan kepada ALLAH segala-galanya.
Yang menentukan seseorang itu mendapat hidyah atau pun tak,semuanya kuasa ALLAH SWT.
Apa yang penting,kita sebagai hamba ALLAH kena berusaha dan terus berusaha..biarlah hina di mata manusia,tetapi tetap indah pada ALLAH SWT.
Dan bak kata abah''mana ada putus asa''
Nabi Muhammad SAW juga berdepan pelbagai rintangan semasa menyebarkan Islam..tapi Nabi kuat semangat dan tak putus asa..kita kena contohi Nabi Muhammad SAW.

Kau tahu,kadang2,aku rasa tewas dengan perasaan sendiri.
Terasa ingin hentikan langkah ini.Tapi,sungguh tak adillah aku kalau aku berputus asa.ALLAH beri apa yang aku perlu dan mahu,dan yang terindah ALLAH beri nikmat ISLAM dan IMAN.Jadi,kalau aku berputus asa,aku sangat rugi dan seolah-olah aku tidak redo dengan apa yang ditentukan ALLAH SWT.Sesungguhnya cabaran dan ujian itu,menguji keimanan kita,menguji adakah kita redo dengan ketentuanNya...

Kita jangan hina orang,mencaci maki dengan perkataan kesat,seolah-olah kita tak pernah buat salah.Sabda Nabi,bilamana kita membalas cacian seseorang,maka syaitan pun ada bersama.
Syaitan ni jahat.Nak sesatkan kita.Nak rosakkan kita.=(..Bahaya..aku pun takut jugak...
Hidup mati kita tiada siapa yang tahu di mana tempatnya,dan di akhirat antara syurga dan neraka,hanya ALLAH yang berhak menentukannya.Jadi,kita jangan sewenang-wenangnya nak hina orang,cakap yang ko masuk neraka.Tak baik.Kerana kita semua pun calon ahli syurga dan neraka.
Kita tak tahu di mana kita kan berada.Hanya ALLAH yang berhak menilai dan menentukan segalanya.

Mungkin juga kita tak perlu melihat kepada permulaan seseorang,kerana pengakhiran cerita setiap manusia mungkin berbeza.


Sebenarnya,aku cuma nak beritahu apa yang aku rasa,jadi kalau ada salah silap,tegurlah aku.
kerana aku juga manusia biasa,manusia sifatnya pelupa.Aku juga pasti berbuat salah.Kalau aku tewas dengan bicara aku sendiri,maafkan aku,nasihatilah aku.=(

p/s:Hidup kita mungkin berbeza.Tetapi manusia yang dapat menerima dan memahami perbezaan itu,akan lebih memahami kehidupan.Ini kata2 pensyarah aku masa belajar subjek kemahiran komunikasi dulu..
Sayu.Kadang2 aku asyik berfikir dan simpan dalam hati..

wahai insan yang di sana,mungkin saja ini kau dengar,melewati semesta ini aku sampaikan.

2 comments:

  1. salam... cik datol sayang (=,
    jalan dakwah sememangnya begitu,
    akak setuju dengan komentar awak,
    kak umairah pun pernah rasa macam tu,
    sebab tu juga dalam dakwah ni, kita kena berukhwah,barulah tak rasa beban tu kita tanggung sorang-sorang..
    dengan merasakan manisnya ukhwah, beban yang ditanggung akan sirna...
    InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. kak umairah:waalaikumsalam...terima kasih atas nasihat kak umairah:D
    tersedar tentang sesuatu perkara..UKHUWAH
    terima kasih:)

    ReplyDelete