Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Tuesday, November 2, 2010

''Tiada hadiah yang lebih berharga melainkan nasihat yang baik"(^_^)

Bismillahhirrahmanirrahim….

Assalamualaikum…

Bukanlah kedatangan nota ini untuk mengganggu ketenangan semua…
Bukan jua untuk ingin merampas kelapangan anda semua…
Tetapi…hamba yang hina terpanggil untuk cuba berkongsi kata,pendapat,dan juga ilmu,yang hanya lah secebis cuma…..

Pernahkah anda mendengar perkataan Daie?

Daie ialah pendakwah..Maka,kitalah orang2 Islam yg mengaku bahawa “Tiada Tuhan Melainkan ALLAH”
merupakan pendakwah.Pendakwah yg umum maklum…MENYAMPAIKAN.

Dan ingatkah kita tentang sabda Nabi SAW: Sampaikanlah pesanku walau cuma satu ayat.
Berdakwah tak semestinya memanggil orang ramai untuk mendengar ceramah..

Pernah satu ketika,sy asyik merungut tentang pelajaran,dan ada seorang senior menegur sy dengan mengatakan, “kita belajar nak dapat berkat”.
Teringat dalam satu novel yg pernah saya baca,ayatnya sama.=)
Dia menyedarkan dan mengingatkan saya betapa kita sebagai orang Islam bukan 4 flat semata yg dikejar,bukan segulung ijazah cuma yang perlu digenggam..tapi lebih dari tu.. KEBERKATAN dari ALLAH SWT.
Terima kasih senior…(^_^)

Pernah juga ketika saya rasa tertekan(hehheh..mcm kes akaun jer),seorang kawan sekolah menengah sy mesej “ambillah wuduk,sesungguhnya ia dapat tenangkan hati”.
Terima kasih,kawan…(^_^)
Saya lalai dan leka dengan tekanan dunia hingga lupa ada ubat yang mampu menenangkan.Ya.. PENCIPTA SEKALIAN ALAM,ALLAH SWT!!!
Dengan itu kita tak lalai dan alpa.Tapi,cuba renungkan bezanya jika kita tak ditegur,dinasihati,tentu kita hanyut.

Buktinya,entah terjaga atau tak solat kita,entah terjaga tidak pandangan mata kita dari lelaki atau perempuan yg bukan mahram kita….bila kita tak ditegur,kita lalai dengan cinta manusia,pegang tangan,couple,dating,yang sungguh membuka pintu ZINA, dan banyak lagi sebenarnya yg mungkin kita terlepas pandang…

Astagfirullahhalazim…(-_-)
Dan jika kita ditegur,janganlah rasa marah atau kecil hati.Itu tandanya sahabat itu sayangkan anda,kerana itu dia tegur,jika apa yg kita lakukan itu tersasar dari batas ISLAM.Jika apa yang dikatakan itu benar dan membawa kebaikan,lapangkan hati,terima seadanya,kerana kita tak tau mungkin ALLAH memilih dan menghantar dia untuk menegur dan menasihati kita..Tentu ada hikmahnya.Maha Suci ALLAH..

Masa di matrik,seorang teman beritahu saya,JIKA ALLAH TELAH MENGETUK PINTU HATI KITA UNTUK BERUBAH,BERUBAHLAH,KERANA KITA TAK TAU ADAKAH ALLAH AKAN KURNIAKAN LAGI PELUANG ITU ATAU TIDAK??
JIKA TIDAK RUGILAH KITA..kosong,sepi,gelap tanpa cahaya….Nauzubillah…

Kawan2..bukankah kita saudara seIslam?So,kalau kita yang tak tegor,tak nasihat,siapa lagi?memang ramai umai Islam,tetapi kenapa tidak kita yang mulakan dahulu,memberi nasihat,menegur,dan berdakwah??kita tak rugi satu sen pon..malah pahala jua menanti kita..InsyaALLAH…sedang kita jua akan di tanya di akhirat kelak..jika ALLAH bertanya apakah yang telah kamu lakukan untuk membantu agama dan Rasul ALLAH,apa kita ada jawapan untuk itu??Ambillah masa..fikirkan sejenak..walau sekejap cuma….****

Sabda Nabi SAW,tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak mengasihi saudaranya sendiri seperti dia mengasihi dirinya sendiri.
Dan ingatlah ketika ALLAH berfirman yang bermaksud;
“Demi masa.
Sesungguhya manusia berada di dalam kerugian,kecuali orang2 yg beriman dan beramal soleh serta berpesan2 ke arah kebenaran dan kebaikan.''

Ini peringatan dari ALLAh SWT.Tuhan yang menciptakan kita,memberi nikmat Islam dan iman.Jadilah hambaNya yang bersyukur.

Allah berfirman yang bermaksud;
"..Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)


Astagfirullahhalazim….
Jom sama2 kita berdakwah..tak kira kepada siapa..kawan2 serumah,coursemate,roommate juga non muslim dan kepada semua….Semoga usaha kita yang tak seberapa cuma ini mendapat berkat daripada ALLAH SWT..InsyaALLAH..=)


22:42pm (16/02/2010)

Untunglah jiwa2 yang mendapat perhatian ALLAH SWT..amin

6 comments:

  1. best!! :) tq 4 sharing.....semoga Datol dapat keberkatan dari Allah..blaja rajin2 dik..

    ReplyDelete
  2. cik s: best!!welcome...semoga kita semua dapat redo dan hidayah ALLAH SWT..amin:D

    ReplyDelete
  3. Lelaki ini:sama2.. eh,ni abe umar kan???kan??:D

    ReplyDelete
  4. kak nana: sama2 mengingatkan..:D

    ReplyDelete