Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Wednesday, January 5, 2011

aku sayang dia,kerana itu aku perlu putuskan antara dua..

Assalamualaikum..


Emm..korang pernah tak rasa nak berubah,tapi tiba2 rasa terhalang?
Masa kat matrik dulu,ada seorang sahabat ni bagitau aku..

''Kalau ALLAH dah ketuk pintu hati kita untuk berubah,maka berubahlah
kerana kita tak tau samada esok masih ada peluang itu lagi ataupun tak...''

Memanglah susah nak berubahkan..
payah,penat...
tapi kalau jalan perubahan itu membawa kita ke jalan yang diredo ALLAH,
kuatkanlah semangat kita untuk berubah...
contohnya,kalau korang sedang couple,tiba2 satu masa korang rasa jalan yg korang lalui ni x betul,banyak negatif dari positif.

Firman ALLAH yg bermaksud:

"janganlah kamu mendekati zina''

Kemudian korang rasa nak sangat berubah,dari bercouple hanya kepada berkawan.
Tapi takut untuk memberitahu pasangan kerana tiada kekuatan diri.
kerana takut seseorang berkecil hati.

Tapi sebenarnya kita perlu takut kepada ALLAH.ALLAH kan lihat semua perbuatan kita.
Apa yang ALLAH pesan kepada kita sangat bermakna bagi kita yang ingin terokai maknanya.Kalau tidak ada mudaratnya,masakan ALLAH begitu menegaskan jangan hampir pon kepada zina.
Jadi,apa2 jalan yg boleh menjurus ke arah itu,elakkanlah.

Mungkin perlahan-lahan.Kurangkan berjumpa untuk mengelakkan sesuatu yg buruk berlaku.
perjumpaan kali 1,2,3,4,5 ke 100,mungkin tiada apa2 yg berlaku,tetapi kali ke 101,siapa yg tahu????

"Bila berduaan syaitan lah ketiganya,
menghasut,menjatuhkan manusia ke lembah hina''

kemudian,dengan baik beritahu si dia,

''bahawa jalan yang kita pilih ini banyak negatifnya.Kita masih belum ada ikatan yang sah.Hanya pernikahan yang dapat menyatukan kita.''


Bersambung.... ^_^


Pernah dengar lagu ini?
"Andai rasa diri lemah
diperjalanan hijrah
sendirian tanpa mampu
mohonlah pada TuhanMu''


jom berubah,jangan tunggu hingga hari esok,kerana esok belum tentu milik kita..




No comments:

Post a Comment