Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Saturday, January 22, 2011

Kau mencintaiku Seperti..

Assalamualaikum..

Pernah tengok cerita Ketika Cinta Bertasbih 2?ada satu adegan di mana Ayatul Husna membacakan puisi kepada abangnya Azzam.Azzam seorang abang yang baik yang bertungkus lumus menjaga keluarganya.klik

-------------------------------------------------------------------

Cerita tentang abang,aku ada dua orang abang.Abang sulung,bang wan,abang ke dua bang ram.Mereka menjaga aku dengan baik.
Tentang abang sulungku,dulu masa aku baru dilahirkan,arwah ummi menyambung pelajaran di Universiti Malaya.Jadi,abahlah yang menjaga aku.Budak kecik,ape lagi,nangis je kerja..haha-_-.Tapi abah tabah melayan kerenah aku.Abahlah abah terbaik di dunia:).Dalam keadaaan aku yang baru dilahirkan,abah tetap memberi semangat kepada arwah ummi untuk habiskan pengajian di UM.(sampai sekarang ,abah sangat mementingkan pendidikan)

Satu hari,aku nangis.(biasalah budak kecik;p)Tiba-tiba abang aku yang sulung berkata kepada abah"biar abang buatkan susu." 
Umur abang aku masa tu baru tak silap 5 tahun.Tapi,seolah-olah sudah mengerti makna kesusahan.Kemudian,berbunyi, barang jatuh dari dapor,"geng,ke de geng!!'' 
Abah aku yang tengah bersusah payah memujuk aku yang tengah nangis pun pergi ke dapur.Habis barang2 bertaburan.Mungkin terjatuh masa bang aku nak ambik susu.Apa lg kena marah..Yelah,keadaan kan tengah tegang sebab aku asyik nangis-_-'

Cerita ni abah yang cerita kan kepada kami suatu hari tu.Aku jadi sebak.Pasal aku,bg wan pulak yang kena.

Dia membesar dengan melihat kesusahan dan ketabahan.Bila ummi meninggal,bg wan membesar sebagai seorang abang yg bertanggungjawab.Masa dia form 4,dia mengambil keputusan untuk sekolah di kelantan.Mungkin juga kerana keluarga arwah ummi ada di kelantan.Atuk,nenek ada di kelantan.Kadang2 aku terpikir,apasal la kalo balik rumah,bg wan tak buat kerja2 kat rumah..hehe..bila aku dengar kisah tu..barulah aku faham.dan aku berkata di dalam hati"memang patutlah bg wan tak payah buat apa2 kerja lg di rumah dan selayaknya bg wan tak payah pun buat apa2 lagi kerja kat rumah" 
kerana dia dah melalui semua itu terlebih dahulu dari kami adik-beradik.
Kini,bg wan dah berada di tahun akhir program PERUBATAN di USIM.
Memberikan satu contoh yang baik kepada adik-adiknya.

Dia menjaga aku dengan baik.
Aku doakan abang aku dapat isteri yang solehah.Dapat menjaga abang aku dengan baik.Kerana aku merasakan sudah cukup segala kesusahan yang dia lalui..Cukuplah..berehatlah abangku...



"Kau mencintaiku
Seperti bunga
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Menebar mekar aroma bahagia
Tak pernah lelah
Meneduhkan gelisah nya
Kau mencintaiku
Seperti matahari
Mencintai titah Tuhannya
Tak pernah lelah
Membagi cerah cahaya
Tak pernah lelah
Menghangatkan jiwa"

Terima kasih abang...

Sayangilah adik-beradik kita,kerana sesungguhnya mereka begitu berharga...


No comments:

Post a Comment