Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Monday, January 31, 2011

kerana akhirnya...

Assalamualaikum...


senyum 10 saat ^_^



 Ada hari,
aku ingin berbaring sahaja,
melupakan segala apa yang berlaku di atas dunia.
Tapi nanti sampai satu saat,
aku sedar pembaringanku tidak memberikan apa-apa.
Dunia terus berjalan,
dan aku terus ketinggalan.
Melainkan aku bangkit dan meneruskan perjuangan,
barulah diri mendapat pembelaan.
(HILAL ASYRAF)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seperti yang kebanyakan cintakan
aku juga cintakan
tapi jika dunia yang menjadi kecintaan sepenuhnya
ketahuilah,ia tiada kan kekal selamanya.
Saat kau memandangnya,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat kau  membencinya,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat sahabat menegurmu,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat kau menegakkan kebenaran,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat kau dicaci kembali,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat kau lemah,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat kau dilambung pujian,fikirkan tentang akhiratmu,
Kerana akhirnya kita di sana
bukan di sini...
(saiyidatul,2011 ^ ^)




No comments:

Post a Comment