Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, January 28, 2011

penjaga kolej yang setia

Assalamualaikum...

Hari ini cuti sudah bermula...CNY,mcm biasa...penjaga kolej yg setia...;p,aku hairan jugak..setiap kali datang je cuti,aku mesti jadi sedih..sejak kat sekolah menengah lagi..ye la masa tu kan cuti,mana ada balik sabah..haha.Sampai kat U pon terbawak-bawak perasaan tu..perasaan tiba-tiba rasa sunyii...
jumpa orang pon aku rasa mcm sedey je...itulah namanya perasaan..hehe

Tadi aku telah membayar yuran pengajian sebanyak dot..dot..hehe
dah ada KIOSK PEMBAYARAN..cepat dan efisyen!
walaopon pada awalnya terkial-kial jugak,sebab tak pernah guna..
akhirnya ok gak la...

Sebenarnya,ntah mcm tak de motif je entry kali ni...santai je la ye....sekarang sedang sibuk ngan DINNER KELAB..haha...masa meeting,dorang tanya sape yg setuju buat dinner..bile tiba giliran aku,aku jawap je lah sejujurnya..yang sebenarnya,tak berapa minat bab dinner ni..tp kalo dah kelab buat..ok je...ikut arus...:)
Baru teringat,masa jumpe penasihat akademik hari tu,Dr.suruh kitorang terlibat ngan aktiviti kelab..emmm...

Baru2 ni juga,hangat dibincangkan kisah BARRIER GATE kat kolej aku.Entahlah.Pada aku,semoga pemimpin2 mengambil iktibar dengan apa yg dah jadi.Bukan mudah nak jadi pemimpin dan itulah harga yang perlu dibayar oleh seorang pemimpin bila berdepan dengan rakyat jelata.Kalo asyik melenting dan panas baran,di situlah mungkin nampak kelemahan kita,kerana rakyat menilai dari setiap sudut.Lain kali,mungkin dialog terbuka bersama pelajar boleh dilaksanakan awal2 sebelum sesuatu dasar atau palang diletakkan.Baru pelajar2 boleh bagitau masalah2 yg mungkin dihadapi..Ni,nasi dah jadi bubur....Aku mungkin tak terasa,sebab tak bawak kereta,tp bagi yang bawak kereta,terasalah kesannya..Atas dasar tu,wajarlah ketidakpuas hatian ditimbulkan.Kerana ruang2 parking di dalam kolej masih ada yang kosong..Harap2 dah jumpa jalan penyelesaian...Tadi pon nampak teksi2 menunggu di balik palang....
Kepada pelajar2,termasuk aku,berterima kasihlah kepada pemimpin2,kerana tanpa mereka,kolej kita ntah jadi apa..x de yg menguruskan.Satu lagi,hormatilah pensyarah kita. ^_^


Eh,tadi aku ada beli buku,DENYUT KASIH MEDIK dan MENGAPA RASULULLAH TIDAK PERNAH SAKIT.Jemput..jemput baca:)


Beberapa minggu ni aku belajar bahawa bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang..dan agak tak dapat kot..sebab citarasa manusia itu berbeza....jadi apa pun ,buatlah yang terbaik...dan aku kalah dalam majoriti...x pelah...u know urself better...
senyum 10 saat ^_~















4 comments:

  1. hehe..u x boleh balik!jaga usm,husm jugak..kihkih;p

    ReplyDelete
  2. nk pnjm buku!! hehe. slamat mnjaga kolej..:) aku xjaga..aku dok diam2 ja

    ReplyDelete