Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Tuesday, March 22, 2011

4 hari lagi

Assalamualaikum...

Tadi aku dah pergi buat blood test untuk hepatitis B
tapi untuk dapatkan vaksin,x dapat...
banyak kot,amik darah aku-_-'
aku x leh bayang mcm mane orang derma darah..lagi banyak darah diambil..

jadi..keputusannya....-_-'

HEPATITIS B
Apa?
Hepatitis B adalah penyakit serius yang disebabkan oleh virus Hepatitis B yang menyerang hati dan boleh berjangkit kepada orang lain.


Anda perlu tahu HEPATITIS B TIDAK BOLEH berjangkit melalui

  • Berkongsi makanan, pinggan mangkuk atau peralatan
  • Berpegangan tangan
  • Berpelukan atau berciuman
  • Berkongsi tandas
  • Bersin atau batuk

Jika anda didapati POSITIF untuk HEPATITIS B,ketahuilah cara mengelakkannya dari disebarkan kepada orang lain.

  • Jangan dermakan darah dan organ.
  • Jangan berkongsi jarum suntikan untuk menyuntik dadah.
  • Jangan berkongsi peralatan bercukur,ketip kuku,berus gigi atau barangan peribadi lain.
  • Maklumkan kepada pasangan tentang status Hepatitis B anda.Galakkan mereka melakukan ujian dan mendapatkan vaksinasi.
  • Jangan biarkan darah anda menyentuh orang lain.
  • Amalkan hubungan seks sihat.Gunakan kondom.

Jika tidak dirawat,HEPATITIS B boleh menyebabkan

  • Cirrhosis hati
  • Kanser hati

Kini aku dah tahu,apa yang perlu dilakukan,apa yang perlu dielakkan.Walaupun aku dah tahu,tapi tetap aku tak dapat memberitahu ibu tentang ini.
Aku tidak mungkin dapat melihat wajah ibuku lagi,kerana ibu telah pergi selamanya,tetapi aku ingin membesar dengan memberi manfaat kepada orang lain,membantu dengan sedaya mungkin,memberi sebanyak mungkin,agar insan lain dapat hidup gembira dengan ibunya yang tersayang.
Ambil berat tentang kesihatan anda.^_^


keputusannya : 4 hari lagi...

Ya ALLAH,sesungguhnya Engkau mengetahui yang terbaik buatku,
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah redha dengan ketetapan Illahi.

2 comments: