Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Saturday, May 28, 2011

Kerana aku tidak tahu bila nafas,detak jantung akan terhenti membawa diri pergi...

Assalamualaikum

Berjalan dalam kesamaran
apa yang diingini
semua nampak sukar untuk di genggami
satu persatu rasa gelap itu semakin menutupi
hingga yang ada hanya noktah
tidak mampu untuk melangkah lagi

Tersungkur
juga di dalam kesamaran itu
apa benar tiada lagi cara
untuk berjalan keluar
mencari walau cuma sedikit cahaya

Namun,
aku yakin

Aku harus bangun
mencuba dan terus mencuba
hingga mereka yang lain diam
melihat aku mampu untuk berdiri
hingga mereka yang lain diam
melihat aku mula melangkah kembali

Melangkahnya aku kini
bukan seperti dulu

Dulu yang
penuh rasa hebat dalam diri
Dulu yang
penuh rasa nikmat dengan
kayanya dunia
tapi sayang akhirat dilupai

Terlupakah aku?
atau sengaja melupakan?
ALLAH Yang Maha Kuasa
memerhati aku
setiap apa yang aku lakukan

Tapi
rentak langkahku kini
hanya ada irama berhati-hati
langkah yang penuh penyesalan

Mampukah aku?
Sempatkan aku?
mendapatkan kembali segala bekalan
yang pernah aku tinggalkan
bekalan menuju akhirat

Kerana aku tidak tahu
bila aku akan tersungkur lagi
kerana aku tidak tahu
bila nafas,detak jantung
akan terhenti
membawa diri pergi...

No comments:

Post a Comment