Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Thursday, May 26, 2011

Kerana soal hati sukar difahami...

Assalamualaikum


Rasa yang tidak pernah terluah
umpama sesak di dada cuba menghembus
namun tersekat mencari jalan untuk keluar
Apa yang aku rasa mungkin tidak dia rasai
Juga dia merasai apa yang aku mungkin tidak rasai

Terasa bagai menghentak-hentak dada
meminta diri menjelaskan
mengapa berdiam saat diri seharuskan menyatakan
Namun siapa yang dapat menduga
apa yang ada di dalam sanubari
sukar untuk ditiup pergi

Airmata itu biasa, terlalu biasa
menjadi peneman
cuba mencari jawapan untuk persoalan yang ada
Memang kadangkala tiada sinar cahaya yang ditemui
hanya merasa tangis itu sudah mencukupi
hingga mereka yang lain tidak memahami
apa yang sebenarnya terbuku di hati

Terkadang kita menduga mengapa dia berdiam saja
tidak seperti mereka yang bersorak gembira
Terkadang kita menduga mengapa dia bersedih saja
tidak seperti mereka yang riang tertawa

Persoalan itu ada jawabnya
namun mungkin kerana
soal hati
sukar difahami...

No comments:

Post a Comment