Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Wednesday, August 31, 2011

Andai MERDEKA itu mampu berkata-kata,mungkinkah ini pinta MERDEKA?

Assalamualaikum...


Selamat Hari Merdeka

Aku tak mahu
Jika malam menyambutku
dipenuhi maksiat
anak-anak muda ke sana ke mari tanpa tujuan
Laungan merdeka bersama air setan

Aku tak mahu
jika merdeka
tapi kalam suci Al-Quran
kau biarkan berhabuk
tak disentuh
solat masih tak memberi cahaya

Aku tak mahu
jika merdeka
tapi kau bangga dengan kebaratan
kau bangga dengan pakaianmu
yang tak cukup kain
kau bangga dengan rambutmu
tapi kau biar menjadi tatapan sang lelaki

Apa kau fikir itu merdeka?
Kau salah
belum sempurna merdekamu....


-saiyidatul
===>edited

No comments:

Post a Comment