Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Monday, August 1, 2011

Cerita 1 Ramadan : Kata-kata yang baik

Assalamualaikum...


Petang sabtu yang lepas,aku ke surau untuk mengelap tingkap2 di surau.
Semasa sedang mengelap,tiba-tiba aku terfikir tentang satu perkara.
Terlintas di fikiranku bahawa


"Kata-kata yang baik itu merupakan satu kekuatan"
Sambil mengelap cermin,aku membayangkan betapa hebatnya nasihat dan kata-kata yang baik jika ditujukan kepada seseorang individu,kerana sebenarnya ia memberi impak kepada individu tersebut.
Contohnya:


A : Jom solat!:)
B: Jom^_^
Maka,kedua-dua pon pergi solat.Apabila solat,maka sebenarnya kita telah menjalankan perintah ALLAH. Dengan tidak meninggalkan solat juga bagi yg tidak uzur dan menunaikan solat dengan baik sebenarnya memberikan kita KEKUATAN untuk tidak melakukan maksiat lagi.


Dalam surah al Ankabut, ayat 45, Allah telah berfirman,
 "dan dirikan solat. sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar". 



Itu salah satu contoh. Dan kekuatan ini hanya akan kita perolehi jika kita benar-benar ingin menerima kata-kata yang baik itu.
Jika seseorang itu menasihati kita, lapangkanlah hati untuk menerimanya,kerana walaupun kita berasa berat untuk menerima pada awalnya,siapa tahu nasihat itu lah yang bakal kita renungi untuk menjawab persoalan hidup apabila ujian menimpa diri kita.


Kesimpulannya,


Tiada hadiah yang lebih bermakna melainkan nasihat yang baik.

Sedang aku mengelap cermin lagi,tiba2 aku nampak seekor lembu datang ke arah pagar surau.Aku dah cuak dah. Lembu tu macam lapar.Aku dah risau dah kalau dirempuh pagar tu,apa kan terjadi padaku ini..-_-'
Lepas siap2 semua,aku mula berfikir macam mana aku nak balik rumah,sebab kat depan aku ada 4 ekor lembu yang mcm lapar je.
Aku agak cuak.Hehe
Tapi dengan steady dan cool nya,aku berjalan melintasi 4 ekor lembu itu untuk kembali ke rumah.
(dalam hati rasa nak lari laju2:p)

2 comments: