Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Tuesday, August 2, 2011

Cerita 2 Ramadan :Bintang-bintang berkelipan

Assalamualaikum..


Dulu masa aku sekolah menengah,ada seseorang kongsikan ini:

"Aku lebih suka melihat bintang daripada bulan
Walaupun kecil ia masih kelihatan cantik
Walaupun kekadang tersembunyi namun ia tetap menjadi perhatian
Walaupun tidak begitu jelas,namun ianya mampu membuatkan jiwa tenang
Hati mampu berkata-kata riang
Kerana sesungguhnya bintang itu sentiasa berkelipan
Adakalanya bintang tidak muncul tapi cukup2 pasti ia tetap berada di sana.."

Aku suka tengok bintang2 malam2..cantik sangat..dan ALLAH penciptanya..
rasa tenang je dapat tengok bintang2...
kalau korang ada masa tengoklah cite ni kat tv al-hijrah 114
SIGN OF THE CREATOR
bagus dan best! ^_^


Kesimpulannya,

ALLAH pencipta segalanya....
maka janganlah kita menyombongkan diri di atas muka bumi ALLAH ini..

 ==================================================================
nak baca cerita tak?
tau tak mana aku dapat cerita ni..:p
mestilah aku penulisnya..nantikanlah novel keluaran aku..hahaha^_^
(ntah bila la boleh siap ni....)

Faiz membuka pintu. Pemandangan dari tingkat 4 memang cantik. Apatah lagi di waktu malam. Suka dia memandang ke langit, melihat bintang yang jauh dan berkelipan.Walaupun kadangkala tidak kelihatan namun masih dan  pasti ada. Dan cahaya bulan yang sentiasa menawan.
“Bintang-bintang bertaburan,
Di angkasa,angkasa raya,
panduan mereka yang berkelana”
Faiz menyanyikan lagu kumpulan Saujana. Dia amat suka akan lagu itu. Lagu yang mengingatkannya pada satu nama dan wajah penuh kelembutan itu.
“Bulan dan bintang menjadi saksi ,
kebesaran Illahi.”
Tanpa sedar,jernih air mata bertakung di kelopak matanya.Tersekat-sekat nada suaranya. Akhirnya,dia berhenti menyanyi dan memejamkan matanya. Ingatannya terus kepada ummi kesayangannya. Sering kali di waktu dia masih kecil,ummi selalu menemaninya di beranda rumah sebelum dia tidur. Melihat langit malam yang sungguh indah.
Kata ummi,
“ Subhanallah,cantik kan ciptaan ALLAH,”ummi menuturkan lembut kepada Faiz.
“Iz Faizal Faiz,"ummi memanggil nama Faiz sambil mengangkat dan meletakkan dipangkuannya.
“Iz tengok bintang tu,walaupun jauh tapi tetap bersinar dan berkelipan,dan kalaupun bintang tak kelihatan di waktu malam,tapi bintang sebenarnya tetap ada walaupun dilitupi awan,"ummi memberitahu Iz.
“Kalau satu hari nanti,ummi dah tak de,ummi pun tetap macam bintang,walau dah jauh dari Iz,tapi ummi sebenarnya sentiasa ada. Ada dalam hati Iz,”ummi tersenyum memandang si kecil itu.
Faiz memandang umminya. Dia hanya diam mendengar semua cerita ibunya itu.
“Ummi nak  pergi mane?” Faiz bertanya hairan.
“Ummi mungkin akan pergi jauh,jauh sangat”,ummi memberikan jawapan yang ringkas tapi sebenarnya amat mendalam maksudnya.
Faiz mengelap matanya. Air mata nyata tak mampu dibendungnya lagi. Dia rindu pada satu nama.Nama yang penuh berjasa dan penuh kasih sayang padanya. Sekarang ummi telah tiada. Kanser hati yang di hidapinya meragut nyawanya. Umurnya baru 9 tahun ketika itu,tetapi apa yang berlaku ketika itu masih segar dan sentiasa senang dilakarkan dalam mindanya.Hanya air mata menjadi peneman melihat ummi kaku di depan matanya sendiri tanpa gerak lagi.Faiz menarik nafas panjang. “Ummi tetap ada,ada di dalam hati”, Faiz berbisik perlahan. Dia menarik nafas perlahan.Ada nada sebak dalam helaan nafasnya.Angin malam menyapanya. Mungkin turut bersamanya melayan kerinduan itu.
Kelibat dua orang lelaki bergerak laju menuju ke arah fakulti. Faiz relax sedikit berbanding Alif yang memang kalut  apabila kuliah Dr. Azhar di pagi hari lagi. Faiz menarik bahu Alif................................

:)

No comments:

Post a Comment