Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Thursday, August 4, 2011

Cerita 4 Ramadan :Kemilau Mutiara Raudhah

Assalamualaikum..

Dah masuk hari ke-4 bulan Ramadan:)

"Lalu kata mereka
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami"
"Bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi,
lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?"

~Kemilau Mutiara Raudhah

Jack:
Sejurus pintu lif ditutup,lif itu bergema dan Jack tersandar ke belakang.Terlepas pegangan beg daripada genggamannya........
"Ada orang mengaji dalam lif ni rupanya.Siap ada terjemahan lagi.Canggih!"

Raudhah:
Raudhah menceduk lagi budu itu,dituang ke atas nasi pula.Orang lain buat budu tu macam appetizer je,Raudhah ni dah buat macam itu la main dish.Tauke budu pun boleh bankrap macam ni.

Sumayyah:
Sebab aku dengan kau bukan mahram.

Ahmad Izzat Mubasyir:
"Adil ke kalau awak tuduh semua tu salah saya?"

Raudhah:
"So..nak cakap,marrying me is one of your mistakes?"

Tok Ayah:
"Uda,sejahat mana pun manusia kita tak boleh hukum dia masuk syurga ke neraka. Iman dia kita tak pernah tahu. Allah yang tentukan semua.Apatah lagi kalau orang tu dah bertaubat Uda."

~Kemilau Mutiara Raudhah,hasil kreatif seorang pelajar perubatan SAIDATUL SAFFAA.

Inilah novel yang aku katakan di entry sebelumnya(Macam mana nak jadi baik?)
best tau novel ni...
bayangkan,ada ke resort yang macam dalam novel ni??
emm..unik!!:)
pastu, boleh belajar cakap Terengganu..hehe
pastu, ada kisah umrah mereka.
pastu,leh belajar arab sikit2..hehe
pastu,belajar pasal medik jugak..
bagi aku,novel ni menginsafkan dan menyedarkan kita semua
Kepada wanita2 supaya menjadi isteri yang solehah.
Kepada lelaki2 supaya menjadi suami yang mampu 
membimbing isteri ke jalan yang diredoi ALLAH.

menariknya, perjalanan Jack kembali kepada fitrahnya Ahmad Izzat Mubasyir.
perjalanan Cat bergelar Sumayyah.
perjalanan Raudhah menerima hakikat kehidupan bahawa manusia punya masa silam tersendiri.

Semoga kita semua menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.Amin.

No comments:

Post a Comment