Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Wednesday, October 26, 2011

dari sudut hati

Assalamualaikum...

Satu hari nanti,moga kamu akan faham
apa yang pernah saya perkatakan bukanlah untuk kepentingan diri...
Satu hari nanti,moga kamu akan faham
semoga apa yang pernah kita 'bincangkan'
bukan ingin menunjuk siapa yang hebat..
bukan kerana aku,atau dia atau kamu terlebih baik
bukan..bukan....

saya sudah memaafkan segalanya
saya harap kamu juga begitu,memaafkan apa
yang tidak kamu senangi tentang saya
kerana saya rasa saya juga punya silap pada mereka
saya akan cuba melupakan semuanya
walau saya rasa saya juga pernah terguris
terdiam dek barisan kata2 di alam maya...
terdiam dek paduan ayat2 yang tersusun..
benar..perasaan yang susah digambarkan...
benar2 terasa kosong..
benar2 pernah ingin menangis
hanya kerana apa yang di impi
tidak menjadi nyata,tapi saya silap,dan itu salah saya
mengharap diri mampu mengubah apa yang di rasa
kemudian saya tersedar...
saya juga manusia biasa,yang hanya mampu untuk menyampai
segala kata-kata baik semampuku sebelum ku mati
dan hanya ALLAH saja yang mampu mengubah segalanya
kini,dia berbicara tentang sesuatu yang pernah saya bicarakan
dan saya gembira:)
kerana akhirnya saya rasa dia paham apa yang saya maksudkan..
kerana memang belajar itu satu proses kehidupan
yang kadang-kala tidak kita sedari kita pelajari
saya berharap kita tetap menjadi kawan
tiada lagi perasaan marah,tiada lagi perasaan risau,tiada lagi perasaan benci...
saya benar-benar harap itu..
mungkin kita bukan adik-beradik,atau sepupu sepapat
atau kawan yang rapat
awak tau, kenapa saya tetap mencuba
dah ingin mencuba,berusaha menyusun ayat
walau saya tahu pahit untuk ditelan...
kita saudara seIslam...
entah apa yang bermain di fikiran orang lain
yang pasti saya memandang tinggi akan hal ini
kasih sayang sesama saudara Islam...

"Apa yang telah saya lakukan,untuk membantu agama Islam dan RasulNya?"

"mencari erti kebaikan
melihat diri sendiri bahagia,atau
orang lain turut di dalam kebahagian itu.." ^_^

kini saya rasa lebih tenang
selepas sepi seketika,bukan sepi semata
tapi muhasabah diri,mencari kenapa dan kenapa
dan saya rasa,saya jumpa kenapa,jawapannya kerana saya sendiri
bukan mereka..
kerana saya terlalu yakin dengan kata-kata
hingga lupa mereka mungkin terasa
kerana saya terlalu ingin segalanya menjadi seperti yang saya inginkan
hingga saya lupa,ALLAH sahaja yang berhak mengubah segalanya...

kepada awak..dan awak..
saya benar-benar minta maaf..

"Ya ALLAH,ampunkan segala dosaku..Amin..."

No comments:

Post a Comment