Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Thursday, October 27, 2011

Kasih sayang.Apa sebenarnya erti kasih sayang?

Assalamualaikum..

Hari ini hari khamis...banyak lagi kerja rumah yang belum siap...emm..
ada housmate2 aku yang dah balik hari ini...banyak yang perlu diselesaikan..
Tadi,aku ke rumah kawan aku,kat blok sebelah,makan2..

Banyak yang aku pelajari tadi.Bukan hanya perut kenyang,hehe..tapi banyak benda yang aku belajar daripada dia.Melihatkan keadaan itu,aku mengakui dia seorang yang tabah. Bergerak terus dalam kehidupan walau cabaran itu sentiasa dihadapi. Aku senang mengikuti kisah blog dan FB nya..
memang banyak yang tersirat.Status2 Fb yang ditujukan untuk insan-insan yang dia sayangi,moga akan ada sinar perubahan dalam kehidupan mereka.Aku sendiri tidak mengetahui begitu besar cabaran dan dugaan yang dia lalui selama ini. Mungkin kata2 dan tulisannya mempunyai makna yang begitu mendalam. Tidak ingin orang lain terjebak dengan apa yang pernah dia dan keluarganya lalui.Bagi aku terlalu pahit dan sedih untuk diterima. Tidak ingin sejarah berulang lagi kepada yang lain.
Bagi aku,dia penuh dengan kasih sayang.Jika tiada nilai kasih sayang,mana mungkin dia bertegas dan terus cekal "membentuk apa yang pernah berkecai". Kasih sayang terhadap ibu bapanya,adik beradiknya benar mengajar aku untuk juga berubah menjadi yang lebih baik. Tiada siapa yang tahu aturan ALLAH.Boleh jadi, ALLAH memilih dia untuk terus membantu keluarganya. Menyedarkan tentang 'bahaya perbuatan itu'. Semoga dia terus tabah dan kuat semangat.

Apa yang dia lalui mengingatkan aku pada seorang artis,kini seorang pengacara dan berubah menjadi yang lebih baik.Pada aku,dia seorang yang berani,lantang memberikan hujahnya walau kadangkala mungkin orang melihat itu agak berlebihan. Tapi entah kenapa aku merasakan ada tujuan kuat kenapa dia berusaha keras menasihati yang lain .Bagi aku,kerana dia tidak ingin orang lain terjebak dengan kehidupan yang pernah dia lalui dulu. Itu pendapat aku.Pendapat yang lain mungkin tak sama.

Mungkin aku juga pernah terlalu yakin dengan kata-kata.Berkata itu dan ini.Tujuan aku tetap sama.Risau jika ada yang terlibat dan merasa seperti apa yang pernah aku rasa. Perit.
Tapi mungkin cara aku yang salah hingga membuatkan orang lain terasa. Tapi sebenarnya aku x perlu takut pada manusia yang punya bicara dan pendapat bermacam kata. Lakukan saja jika itu perintah ALLAH.
Jujur aku katakan,aku rasa bersalah dan perlu perbaiki cara dan gaya aku berkata dan menasihati. Aku mengaku aku berbuat salah.Berkata mungkin mengikut rasa. Aku cuba berubah dengan menyepi seketika.Untuk mencari apa sebenarnya yang telah terjadi. Aku selalu ingin meminta maaf kepada mereka jika masih ada rasa ketidaksenangan terhadap aku. Aku hanya ingin membantu,tapi mungkin caraku tidak dapat diterima.

Kasih sayang.Apa sebenarnya erti kasih sayang?
kasih sayang untuk dunia semata..
atau kasih sayang yang membawa ke syurga..

Selepas berbicara dengannya,aku jadi sebak,doaku hanya terbaik untuk dia.
Balik dari rumahnya,aku berjalan sambil berfikir.Sampai di bilik,aku baring,sambil mendengar lagu Dengan KuasaMu,(Nur One).Banyak bermain di fikiran aku. Aku jadi diam...

4 comments:

  1. Kasih sayang.Apa sebenarnya erti kasih sayang?
    kasih sayang untuk dunia semata..
    atau kasih sayang yang membawa ke syurga..

    Kasih sayang yg dikatakan kerana Allah, kadang terasa gelisah..
    Mungkin kerana kurang yakin pada hikmah?
    :)

    ReplyDelete
  2. salam....knal x epah????

    hiiihi..do fllow me:)

    ReplyDelete