Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Saturday, October 22, 2011

The Short Man Who Keeps Getting Taller[ Part 1]

Assalamualaikum...


cuti..cuti..cuti..
macam biasa,tinggallah aku di kolej....


Sejak kecil lagi aku sedari, hidup tidak selalu seindah impian. 
Pengalaman mencorakkan setiap peringkat hidupku.
“Mak, tak nak pakai cermin mata. Mak, tak nak pakai cermin mata!”
“Yusof, Yusof kena pakai cermin mata. Semua orang pakai cermin mata. Ayah, atuk. Hah, tengok ni penyanyi pun pakai cermin mata.”


Masa kecilku sungguh menyeronokkan. Bila mula bersekolah, aku terpaksa bergaul dengan budak-budak lain. Mula-mula janggal, tetapi kemudian aku dapat kawan.
“Awak tu pendek!”“Awak tu kurus, tinggi pula tu!”“Sebab tu lah saya dipanggil Panjang.”


Terjalinlah satu persahabatan yang berpanjangan. Orang pendek pun ada kelebihannya. Bila remaja, aku risau semula tentang ketinggian ku. Malah, di kalangan budak perempuan pun aku yang paling pendek. Aku bencikan diri aku. Supaya disukai kawan-kawan, aku ikut sahaja apa mereka buat.
Mak dan ayah menyedari perubahan sikap aku.
“Abang patut bincang dengan anak kita. Saya rasa dia ada masalah.”



bersambung...

No comments:

Post a Comment