Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Tuesday, October 25, 2011

The Short Man Who Keeps Getting Taller[ Part 2]

Assalamualaikum..

Cuti..cuti..cuti...

“Yusof, semasa ayah sebaya engkau, ayah selalu berharap yang ayah adalah orang lain. Ayah ingin dilahirkan seperti orang yang lebih pandai, lebih kaya, lebih lawa sama seperti kawan-kawan ayah yang lain. Masa tu, ayah seolah-olah tak suka diri sendiri.”
“Tapi ayah, kawan semua kata ayah hebat. Saya ingin jadi seperti ayah.”
“Yusof, tahu tak apa rahsia menjadi hebat?”
“Lebih tinggi?”
“Tumpukan pada sasaran?”
“Bukan, Sof. Rahsianya adalah keyakinan diri
Menerima kelemahan dan kelebihan diri. Bila Yusof sudah menerima dan selesa dengan diri sendiri, barulah Yusof rasa selesa bergaul dengan orang lain.”


Betul kata ayah. Aku hilangkan rasa benci pada diri sendiri. Sebaliknya, aku mula memberi tumpuan pada kelebihanku. Aku tetapkan matlamat diri dan berusaha untuk mencapainya. 
Aku terima hakikat bahawa aku takkan boleh jadi lagi tinggi, tapi ada perkara yang boleh aku perbaiki seperti sikap aku, perangai aku. Aku juga belajar sifat-sifat yang baik seperti bertimbang rasa, bertolak ansur, murah hati. Tindakan aku betul agaknya kerana gadis istimewa aku menerima aku menjadi suami. 
Aku sangka kebahagiaan ini akan kekal selamanya. 
Tapi rupanya ini adalah detik permulaan untuk belajar menyesuaikan diri dan menerima perbezaan di antara kami. 

bersambung..

No comments:

Post a Comment