Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Wednesday, October 26, 2011

The Short Man Who Keeps Getting Taller[ Part 3]

Assalamualaikum..

Aku terlalu mahukan kesempurnaan, di tempat kerja pula aku mengalami kesukaran. Syarikat kami kerugian, aku rasa sungguh tertekan. Kemudian anak sulung ku lahir, syarikat kami terpaksa ditutup dan aku jadi penganggur. Fikiran ku berkecamuk, macam mana nak menyara keluarga ku? Ketika itu aku menyedari pentingnya sokongan keluarga, isteriku menyatakan kesanggupannya memikul beban bersama-sama. Allah Ta’ala memberikan kami kekuatan. Keluarga dan kawan-kawan ku juga bersama di saat aku memerlukan.
“Hei, Panjang!”
“Yusof kau ingat tak masa kecil dulu kan, kau bercita-cita nak buka bisnes? Aku rasa macam ni, apa kata kita buka bisnes?”
“Apa kata kita namakan Yusof dan Panjang?”
“Mana boleh macam tu. Panjang dan Pendek la.”
“Tak, tak, tak. Pendek dan Panjang.”
Empat tahun berlalu, ranjau dan duri telah ku lalui. Aku pelajari bahawa semangat untuk berhadapan dan menyelesaikan masalah menjadikan kita lebih kuat dan tabah. Bertindak positif dalam mengatasi masalah memberikan perbezaan yang ketara. Matlamat hidup juga perlu realistik berdasarkan kelebihan dan kelemahan diri. Bila rasa tertekan, berehatlah seketika. Banyak yang telah aku pelajari untuk meningkatkan kesihatan mental. Di samping kekuatan diri, sokongan kawan-kawan dan keluarga amat penting. Tanpa mereka, tak mungkin aku menikmati kebahagiaan seperti sekarang.

Kesihatan mental anda bagaimana?


No comments:

Post a Comment