Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, November 6, 2011

Aku jatuh cinta,benarkah?

Assalamualaikum...

(sekolah rendah)
Aku jatuh cinta,benarkah?
waktu itu aku masih mentah
umur baru setahun jagung

"pecah kaca,pecah gelas,
dah baca harap balas":p

(sekolah menengah)
Aku jatuh cinta,benarkah?^_^
waktu itu aku masih muda remaja
banyak berdiam dari bersuara
banyak memerhati dari menyatakan
hati ini rasa penuh dengan ketidakpastian
dia juga baik,dia juga sabar
hingga kini tetap ku hargai
tapi mungkin ini yang terbaik
melepaskan untuk kebaikan...

cukup hanya berteman biasa..


(matrik)
Aku jatuh cinta,benarkah?^_^
waktu itu aku sedang "berperang"
mengembalikan semangat diri
Semangat yang luntur suatu ketika dulu
banyak sekali yang ingin ku bina
setelah semua itu pernah retak
dan pernah berkecai..
berubah mencari jawapan yang pasti
apa cinta benar begitu?
atau cinta hanya begini?
berubah mencari makna diri..
sudahkah aku bersedia?
tinggalkan yang sementara
menuju yang abadi....

(universiti)
Aku jatuh cinta,benarkah?^_^
waktu itu aku sudah mula sedia
untuk terus berdiam
tika masa belum tiba..
sudah mula sedia
memilih satu antara dua
bukan  menjadi
kekasih di  waktu bercinta
namun menjadi
isteri permaisuri hatinya...

Aku jatuh cinta,benarkah? ^_^

hidup ini banyak kejutan...
tak kira masa aku mungkin sudah tiada..




pesan abah tentang cinta

No comments:

Post a Comment