Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Thursday, November 17, 2011

Unit Hemodialisis

Assalamualaikum...

Khamis
Pagi ini aku bangun agak awal(dah tido awal-_-')
lenganku masih terasa sakit semasa menyiapkan report di awal pagi..

kemarin(Rabu,petang)
pergi PKU(pusat kesihatan universiti).Menerima vaksin Hepatitis A
menurut result tu,
untuk Hepatitis B masih mengandungi vaksin sebanyak 22mlU/ml,so saya difahamkan masih boleh bertahan..
sakit....masa kena cucuk!(hehe..saje je:p,sakit sikit je..)
then,aku tak balik terus,lepak2 dulu kat PKU...
lepas dah ok sikit,aku balik..pergi foodcourt kejap...
masa aku duk tenung je COOLBLOG tu,tiba2,junior2 aku datang menyapa..hehe
dorang ajak balik sekali....aku kata x pelah...ada hal...
kemudian aku pon pergi mencari sesuatu,nak bagi seorang senior,^_^
kemudian,pergi CIMB..
dan lepas tu,aku balik...hehe

Oh ya..
Pagi kemarin( Rabu)
aku dan 24 students diet yang lain melawat UNIT HEMODIALISIS di Hospital Serdang..^_^
Sebelum datang tu,aku dah cuak jugak..sebab group aku yang buat projek tajuk Haemodalysis Patient kene stay kat sana..untuk interview pesakit2 kat sana..macam2 andaian mula2..
"eh,mcm mana nak interview?"kalo dah lepas dialysis mesti nak balik,,penat.."

macam tu la-_-'..

Bila masuk kat Unit tu...wahh!!sangat menarik ye...ada banyak kerusi untuk patient duduk,dan disebelah pula ialah mesin untuk rawatan dialisis..
masa aku masuk,aku lihat ramai pesakit2 yang sedang menjalani rawatan...
aku tengok macam relax je......tapi dalam hati siapa yang tahu kan....
selepas tu..
aku mulakan sesi interview..
Patient yang aku interview ni...banyak cerita..hehe
salah satu perkara yang aku tanya
ialah tentang
pemakanan pak cik ni..
apa yang dimakan dari pagi sampai sebelum tido...
dari apa yang aku dapat, pak cik ni suka Teh 'O'..
pastu aku ada buat foodchecklist
nak kenal pasti apa makanan yang selalu pak cik ni makan..
dan aku kene tanya beberapa soalan berdasarkan questionnaires yang dah dibuat..
pak cik ni bagus...dia bawak sebekas gula-gula..
dan staf2 kat sini,amik je gula2...
mereka seperti dah sangat biasa...dengan pakcik ni..mula2 aku agak terkejut dengan suasana ni..
tapi bila tengok berapa lama pakcik ni dapatkan rawatan hemodalisis ni(dah lama,pakcik ni buat rawatan hemodalisis,so mesti dah kenal ngan staf2 kat situ)..memang layaknya
mereka dalam suasana berkeluarga^_^
suka sangat tengok...
oh ye..aku suka tengok suasana di unit dialisis..
staf2 peramah...
pesakit2 pon peramah^_^
suasana berkeluarga...


then,aku ngan kawan2 pergi makan kat kafe hospital..



berapa kalori ni?^_^

Selepas makan,kami bersiap sedia untuk WARD ROUND bersama dietitian tersayang..hehe..Cik A'ishah..(senior kitorang ni^_^)
Cik A'ishah  baik.^_^..agak2 nye,mcm mana nak handle kitorang yang 25 orang ni?hehe...mesti mcm2 ragam..


kalo doktor guna stetoskop,kitorang guna tali inci:p..
nak ukur  KNEE HEIGHT..dan ukur lilit pinggang:;p
dietitian bawa kami jumpa ngan 2 orang pesakit kali ni...untuk belajar dan berlatih..hehe

salah sorang pesakit tu orang Sabah...lepas kawan aku buat SGA kat pesakit ni
aku pon borak2 kejap ngan pesakit..dia tinggal kat Ranau(sama la..hehe)
Kg Melinsau(aku kat Kg Minihas..^_^)...x sangka aku berjumpa ngan orang Sabah dari tempat yang sama :)

habis ward round.....
aku pergi melawat Jabatan Sajian dan Dietitik...
masa aku masuk...wahh!!..sedang melihat penyediaan makanan dilaksanakan..
hehe..sebenarnya aku pergi sana..nak jumpa dietitian yang group aku akan interview..
tapi akhirnya just interview melalui emel..hehe..
lepas tu,aku balik..
selepas solat Zuhur,aku bergegas menaiki bas,nak pergi PKU,untuk amik vaksin Hepatitis...
nak tunggu bas bergerak,,tertido-tido aku dalam bas...emm
-_-'

Malam nya,aku buat kerja sikit...dan akhirnya tido...zZZZZ.....

sekian,terima kasih^_^

"Pesakit2 hemodialisis masih mampu tersenyum walau 3 kali dalam seminggu perlu mendapatkan rawatan.
Mereka masih bersemangat dan tidak berputus asa...mereka masih tersenyum dan bercerita tentang kisah mereka..."

dan untuk aku sebagai seorang pelajar,pelajarilah sesuatu daripada mereka...
aku kena bersemangat untuk belajar..walaupun penat dan banyak kerja...
walaupun tak dapat markah tinggi2 pon,kena berusaha lagi..dan jangan putus asa...
Semoga ALLAH permudahkan urusan-urusan kita..Amin...

No comments:

Post a Comment