Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, January 1, 2012

Istimewa

Assalamualaikum..

1/1/2012
Alhamdulillah.
Syukur kepada ALLAH atas nikmat IMAN dan ISLAM ini.:)
Semoga perjalanan hidup kita dipermudahkan ALLAH SWT. Amin.

Istimewa di penghujung 2011
5 adik-beradik dengan arwah ummi.
Semua telah selesai sekolah menengah.
Dik mal, baru2 ini baru habis SPM..Alhamdulillah..
Bermakna kami lima beradik dah selesai sekolah menengah:)
Dah besar anak-anak arwah ummi.:)

Untuk Abah,
kak teh selalu sebak bila fikirkan tentang abah.
kak teh selalu rasa nak menangis.
Abah selalu buat yang terbaik untuk kami.
Abah selalu memahami kak teh walaupun kak teh tak cerita apa-apa.
kak teh mendoakan yang terbaik untuk abah.
kak teh hanya nak abah gembira.
kak teh hanya ingin melakukan yang terbaik buat abah.
segala pengorbanan abah dari dulu hingga sekarang kak teh tak kan lupa sampai bila-bila.
Abah jaga arwah ummi, abah jaga mak, abah jaga anak-anak abah..
Abah dah buat yang terbaik. Dan kak teh tahu abah hanya ingin yang terbaik untuk kami.
::Ayah::

Untuk Mak,
Terima kasih kerana hadir dalam keluarga ini.
Kak teh hormati dan sayangi mak sepertimana kak teh menghormati dan menyayangi arwah ummi.

Untuk Bg wan,Bg ram, Man, Mal,
Kak teh harap, kita 5 beradik akan jaga abah, jaga mak dan adik2 yang lain dengan baik.
Kekalkan hubungan baik sesama kita.
Kak teh doakan yang terbaik untuk semua.
Semoga menghadapi semua cabaran hidup dengan tabah dan sabar.

Untuk Farid, Ilham, Adik su
Walaupun kita berjumpa dalam keluarga yang baru, kak teh tetap menyayangi kamu semua seperti mana  kak teh sayang adik-beradik yang lain. Sama. :)
Kak teh harap kita semua sama-sama berjaya di dunia dan di akhirat.

Untuk arwah ummi,
kak teh sayang arwah ummi selamanya.
Semoga arwah ummi ditempatkan ke dalam syurga. Amin.
::Ratu Hati::

Memasuki tahun 2012, ada angka 22 mengiringi:)
dah boleh fikir pasal kawin...hehe
emm..

Untuk bakal suami saya:)
saya harap dan saya doakan
agar kamu ialah insan yang sedang berada dalam hati saya kini
hingga saat ini,saya tak memberi tahu kamu
kerana saya tak bersedia,
saya takut, jika saya lalai lagi
dalam keadaan sekarang juga saya mampu goyah dan lalai...-_-'
apatah lagi jika saya memberitahu kamu dalam keadaan saya yang tak bersedia
saya takut, jika saya lalai lagi.

Jika suatu masa, di saat saya sudah bersedia
tetapi kamu sudah berpunya
saya doakan yang terbaik untuk kamu:)

Allah lebih tahu yang terbaik buat kita semua.

kita bukan nak cari boyfriend, kita nak cari suami- irma hasmie^_^

Untuk kawan-kawan saya, dan sesiapa sahaja yang membaca blog saya, atau yang tak baca:)
saya doakan yang terbaik untuk kamu semua.
betulkan niat kita, dan banyakkan bersabar :)



Saiyidatul Shufwah Binti Jabilin
1/1/2012
4.58 pagi



4 comments:

  1. :) Doakam kejayaan bersama.. dunia n akhirat...
    umur 22..erm,,semoga amalan kita jg semakin bertambah utk djadikan bekalan menuju alam akhirat..InsyaAllah.. Go! Fighting for the exam!! hehe...

    ReplyDelete
  2. InsyaALLAH..
    semoga kita berjaya di dunia dan akhirat:)

    ReplyDelete
  3. all the best dat
    and happy new year <3 !

    ReplyDelete