Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, December 2, 2011

Sakit itu menyedarkan aku........ duit hanya di dunia.

Assalamualaikum...

^_^
minggu yang penat...
kemarin, baru boleh relax sikit...hehe....x sempat nak join,or tengok student first year buat Minggu Foodnatic...Malam tu,dapat mesej dari junior..jemput tengok Masterchef Foodnatic..hehe..so,oleh kerana malam tu free skit..maka,aku pon pergilah kejap...lagipun Presiden Kelab,x dapat datang,sebab tolong pasang khemah,so aku pon pergilah jenguk2 student first year buat program malam tu..Semoga mereka yang terlibat mendapat pengalaman yang berguna :)

Kadang2 aku rasa aku ni cepat sangat nak kesian pada orang lain.Selalu sangat nak tolong orang lain. Susah sangat nak berkata tidak bila orang lain minta tolong.Entah, bagi aku,selagi aku tak rasa susah nak tolong,aku akan tolong. Aku semakin sedar, bahawa aku senang sangat nak mengalah untuk orang lain.Selalu sangat nak bersabar begitu. Kadang2 bila marah,aku hanya diam. Aku lebih suka diam dan sendirian. Kadang2 bila seseorang dah melampau sangat pada aku, aku hanya rasa nak diam.Entah. Aku sangat tak suka pergaduhan. Kadang2 jugak aku rasa aku je yang terlebih mengambil berat pasal orang lain. Kadang-kadang aku pon rasa tak dihargai. Kadang2 aku rasa,menjadi diri aku,sangat complicated. Tapi aku tak menyesal dengan siapa aku sekarang dan tidak sekali-kali aku menyalahkan sesiapa untuk siapa aku pada hari ini. Allah lebih tahu yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

*******************************

Satu hari,aku demam.Demam yang aku rasa agak teruk. Masa tu aku sakit,badan menggigil. Tiba-tiba aku teringatkan tentang duit yang masih ada dalam simpanan aku. Semasa itu, aku sedar, jika terjadi apa-apa pada aku, duit tidak akan mengikuti aku. Duit hanya akan tinggal di dunia. Demam aku masih tak sembuh,masa tu abah bawa aku ke klinik. Semasa sedang menunggu turn jumpa Doktor, badan aku tiba-tiba menggigil balik. Entah,aku pon x tau kenapa...Selepas ke klinik,abah tetap membawa aku ke hospital...

Sejak dari kejadian demam itu, aku dah x fikirkan lagi nak teruskan berlatih takewondo. Aku tak rasa,aku sakit sebab taekwondo. Tapi,walaupun aku minat,atas sebab tertentu, aku berhenti sepenuhnya. Cukuplah...Abah terlalu risau untuk aku...

Sejak dari peristiwa itu juga, aku sentiasa ingatkan diri bahawa duit ini hanya di dunia. Aku kena ingatkan diri, supaya aku tak hanyut. Aku tak nak jadi kedekut. Aku tak nak bergaduh kerana duit. Hingga kini,aku masih berpegang pada prinsip aku. Bila mana aku ada duit, dan ada orang yang memerlukan,aku jadi nak tolong.Walau hanya dengan sedikit duit yang boleh aku berikan.

dan sakit itu menyedarkan aku........
duit hanya di dunia.

No comments:

Post a Comment