Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, December 30, 2011

Semakin kita dekat dengan exam..

Assalamualaikum...

Kemarin, aku sibuk betul dengan carry mark untuk subjek2 aku..
emm..risau...takut..
tiba-tiba mula aku terfikir..
apa sebenarnya yang aku kejar ni?
aku mula terfikir, kenapa aku nak sangat dapat markah tinggi?
adakah sebab nak tunjuk hebat?
atau adakah sebab nak baiki result?
adakah sebab nak jadi pelajar terbaik?
adakah sebab aku memang berwawasan tinggi nak jadi dietitian?
atau sebab apa?atau sebab apa??
aku mula muhasabah diri...

hati aku terdetik nak mendengar kuliah tasawwur di surau selepas maghrib
maka aku pun pergi...
mendengar kuliah itu...maka...tersedarlah aku...
betul ke kita cemerlang?
masuk universiti?memang cemerlang..tapi betul ke kita ni cemerlang?adakah dapat markah tinggi,dapat banyak anugerah itu sudah cemerlang?adakah kita betul2 cemerlang di sisi ALLAH?

Sekarang study week, memang ramai yang nak study...tapi betul ke kita cemerlang?hebat ke kita study kuat2,tapi...hubungan dengan ALLAH diketepikan?
adakah kita study sampai solat dilengahkan? adakah kita study sampai Subuh pon tak terbangun?
adakah kita study sampai Zohor, Asar, Maghrib, Isyak perlu kita lengahkan?
adakah kita study tapi Al-Quran, kita di mana?
adakah kita study, sambil masih melakukan kemungkaran?
kadang2 bila kita tahu benda tu salah,kenapa masih nak buat?kenapa masih berdegil?

jadi,biarlah kita belajar ni dengan niat yang baik..
niat kerana ALLAH...

nak jadi dietitian yang beriman dan yang boleh membantu agama Islam
nak jadi doktor yang beriman dan yang boleh membantu agama Islam
nak jadi guru yang beriman dan yang boleh membantu agama Islam
nak jadi chef yang beriman dan yang boleh membantu agama Islam
dan apa2 sahaja pekerjaan yang halal
jadilah yang beriman dan yang boleh membantu agama Islam

kerana  x guna kita menjadi yang gah di mata manusia...
tapi sebenarnya kita kosong jika dunia semata yang dikejar..

Firman ALLAH yang bermaksud:
Oleh itu ingatilah Aku, Aku akan mengingati kamu.  (Al-Baqarah 152)

Semalam, semasa kuliah, bila di bacakan ayat Al-Quran ini, "..ingatilah Aku, Aku akan mengingati kamu."
aku tersedar lagi...
kita sebagai orang Islam, perlu percaya dan yakin kepada ketentuan ALLAH..
yakin..dan sangat2 perlu yakin dan percaya..

maka, tersedarlah aku...
bahawa kecemerlangan dunia yang aku cari ini tidak akan sempurna jika kecemerlangan hakiki tidak aku cari..
kecemerlangan di akhirat...

Semakin kita dekat dengan exam, sepatutnya kita semakin dekat dengan ALLAH...

perkongsian,semoga memberi manfaat bersama... ^_^

No comments:

Post a Comment