Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Saturday, May 28, 2011

Kerana aku tidak tahu bila nafas,detak jantung akan terhenti membawa diri pergi...

Assalamualaikum

Berjalan dalam kesamaran
apa yang diingini
semua nampak sukar untuk di genggami
satu persatu rasa gelap itu semakin menutupi
hingga yang ada hanya noktah
tidak mampu untuk melangkah lagi

Tersungkur
juga di dalam kesamaran itu
apa benar tiada lagi cara
untuk berjalan keluar
mencari walau cuma sedikit cahaya

Namun,
aku yakin

Aku harus bangun
mencuba dan terus mencuba
hingga mereka yang lain diam
melihat aku mampu untuk berdiri
hingga mereka yang lain diam
melihat aku mula melangkah kembali

Melangkahnya aku kini
bukan seperti dulu

Dulu yang
penuh rasa hebat dalam diri
Dulu yang
penuh rasa nikmat dengan
kayanya dunia
tapi sayang akhirat dilupai

Terlupakah aku?
atau sengaja melupakan?
ALLAH Yang Maha Kuasa
memerhati aku
setiap apa yang aku lakukan

Tapi
rentak langkahku kini
hanya ada irama berhati-hati
langkah yang penuh penyesalan

Mampukah aku?
Sempatkan aku?
mendapatkan kembali segala bekalan
yang pernah aku tinggalkan
bekalan menuju akhirat

Kerana aku tidak tahu
bila aku akan tersungkur lagi
kerana aku tidak tahu
bila nafas,detak jantung
akan terhenti
membawa diri pergi...

Thursday, May 26, 2011

Kerana soal hati sukar difahami...

Assalamualaikum


Rasa yang tidak pernah terluah
umpama sesak di dada cuba menghembus
namun tersekat mencari jalan untuk keluar
Apa yang aku rasa mungkin tidak dia rasai
Juga dia merasai apa yang aku mungkin tidak rasai

Terasa bagai menghentak-hentak dada
meminta diri menjelaskan
mengapa berdiam saat diri seharuskan menyatakan
Namun siapa yang dapat menduga
apa yang ada di dalam sanubari
sukar untuk ditiup pergi

Airmata itu biasa, terlalu biasa
menjadi peneman
cuba mencari jawapan untuk persoalan yang ada
Memang kadangkala tiada sinar cahaya yang ditemui
hanya merasa tangis itu sudah mencukupi
hingga mereka yang lain tidak memahami
apa yang sebenarnya terbuku di hati

Terkadang kita menduga mengapa dia berdiam saja
tidak seperti mereka yang bersorak gembira
Terkadang kita menduga mengapa dia bersedih saja
tidak seperti mereka yang riang tertawa

Persoalan itu ada jawabnya
namun mungkin kerana
soal hati
sukar difahami...

Wednesday, May 11, 2011

thanks for everything,and my deepest apology goes to you..

Assalamualaikum...

Apa khabar semua?^_^
lama x berblog...panjang ceritanya kenapa saya berhenti sekejap...hehe
apepon,SENYUM,tak perlu kata apa-apa:)

ehem..ehem...sekarang giliran saya

BALIK SABAH HARI NI!!!!!!!!!!!!!!!!!YEAH^_^

ni ada satu perkongsian bersama:)

emm..datol penah tulis dulu dalam blog,
“persahabatan tu tak kira umur,pangkat,atau darjat,persahabatan yang ikhlas kerana ALLAH akan memberikan kemanisan dalam setiap ruang kehidupan yang dilalui dan kasih sayang itu akan hadir dengan sendirinya tanpa di pinta”

datol kawan _____pon dengan ikhlas...
tp nk bagitau ikhlas tu mcm  mana,datol pon x tau nak explain mcm mana,kita yang boleh rasa..
orang penah kata,ikhlas tu kite ngan ALLAH yang tahu..
emm..
dan dalam entry blog yg terakhir datol buat masa ni..hehe,datol ade tulis,
"Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."

____,thanks for everything,and my deepest apology goes to you...



aku nak hantar mesej ni kat FB tadi,,,tapi ntahlah tetiba x berani...-_-'

balik dulu ye:)

kepada yg nak melancong ke sabah,hehe
nanti bagitau la kalo dah sampai sabah..kot2  boleh jadi pemandu pelancong...:P



Sahabat sebenar;" Kalaupun aku marah dengan apa yang kau katakan. Pertahankan teguranmu sehingga aku mengubahnya.".