Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Wednesday, August 31, 2011

Andai MERDEKA itu mampu berkata-kata,mungkinkah ini pinta MERDEKA?

Assalamualaikum...


Selamat Hari Merdeka

Aku tak mahu
Jika malam menyambutku
dipenuhi maksiat
anak-anak muda ke sana ke mari tanpa tujuan
Laungan merdeka bersama air setan

Aku tak mahu
jika merdeka
tapi kalam suci Al-Quran
kau biarkan berhabuk
tak disentuh
solat masih tak memberi cahaya

Aku tak mahu
jika merdeka
tapi kau bangga dengan kebaratan
kau bangga dengan pakaianmu
yang tak cukup kain
kau bangga dengan rambutmu
tapi kau biar menjadi tatapan sang lelaki

Apa kau fikir itu merdeka?
Kau salah
belum sempurna merdekamu....


-saiyidatul
===>edited

Monday, August 29, 2011

Cerita 29 Ramadan : Andai ini Ramadan yang terakhir..

Assalamualaikum...


2 hari di awal 10 malam terakhir.
bila adik sebut pasal 10 malam terakhir,lailatul qadar
Tiba2 rasa takot,risau...-_-'
takut x sempat...x sempat...
susah nak diterangkan perasaan masa tu...
rasa menyesal sbb x guna masa bagus2...
rasa menyesal bila 2 kali terbangun tengah malam,tp x buat apa2 yg lebih bermakna...
-_-'agak susah untuk istiqamah,tapi aku perlu usaha...

semoga ALLAH beri kesempatan waktu untukku memperbaiki semuanya...Amin..

Monday, August 22, 2011

Cerita 22 Ramadan : Andai bisa ku mengulang,waktu hilang dan terbuang

Assalamualaikum..


Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malamkan berakhir, harikan berganti
Takdir hidupkan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malamkan berakhir, harikan berganti
Takdir hidupkan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Source: http://liriklaguindonesia.net/o/opick/opick-tiada-duka-yang-abadi/#ixzz1ViE1r5GH

Cerita 21 Ramadan : Kerana aku rindu

Assalamualaikum..


Sesekali rasa rindu menjelma
bila terkenang kenangan lama
dulu dan kini memang tak sama
bila tiada dirimu bersama

Rasa apa yang menerpa ini
tiada seceria yang ku rasa kini
Menanti waktu,membilang hari
munculnya tiba dia di sini

Itu hanya impian tinggi
merasa ingin bertemu kembali
namun hakikat diingat lagi
yang pergi sudah jangan disesali

Tiap kali abah bercerita
kisah hidupmu bahagia dan berliku
syukurku rasa tidak terkira
kerana dirimu ialah ibuku.


Terima kasih abah kerana mencarikan ibu terbaik dan hebat untukku.
Terima kasih Ya ALLAH,atas segala kurniaMu kepadaku...
Ya ALLAH,ampunkanlah dosa-dosa ummi dan tempatkanlah ummi dalam kalangan orang-orang beriman.
Amin.



Cerita 20 Ramadan : Kad raya

Assalamualaikum..
Dulu2,masa dapat kad raya:

Baju raya berape pasang?
Kasut raya tinggi berape inci?
Kuih raya berape balang?
Post la kat sini sikit...
Selamat hari raya maaf zahir batin
:p

Kad raya siap dengan puisi2,pantun2..hehe
Sekarang dah ada FB,FS,Myspace,twitter,emel dan sbgainya,mungkin juga ucapannya mcm ni..
Komen:
Selamat hari raya...
:)
x de pa pepon,saje je ni...cuma teringat dulu2,masa kat sekolah menengah...bila dapat kad raya,mcm2 gaya..
ada yang siap letak duit syiling 20 sen,ada yg letak RM1 bentuk love dalam kad raya,ada yg bagi siap ada lagu lagi:)
paling tak sangka,yang tetiba je kad raya sampai bila dah duk umah..hehe
Agaknya tahun ni dapat tak kad raya???:p



Friday, August 19, 2011

Cerita 19 Ramadan : Tanya abah,Kenapa kita berpuasa?

Assalamualaikum..


re-post : [SATU TITIK PERMULAAN]
Pernah baca tak first entry/post blog anda?

mcm2 kan kita tulis...hehe...x kisah lah sebnarnya..:p
the point is...


akhirnya sebenarnya kita sepatutnya kembali melihat dan mempelajari apa yang pernah terjadi kepada kita dulu2..


adakah aku mengenali diriku?
adakah aku dah lupa asal usul?
adakah aku benar ingat bahawa aku hanya seorang hamba ALLAH


kemarin abah nasihat adik:
"kenapa kita berpuasa?" dan jawap abah,
"ya,sebab perintah ALLAH,ALLAH nak uji sama ada kita ni betul-betul sedar atau tidak yang kita manusia dan hamba ALLAH!"


sama ada kita sedar atau tidak 
menutup aurat
berbuat baik kepada ibubapa
berpuasa
solat
larangan minum arak
larangan makan babi
dan banyak perintah2 ALLAH yang lain


semuanya untuk menguji kita,sama ada kita mampu untuk patuh pada perintah ALLAH atau sebaliknya..
sama ada kita betul2 sedar atau sebaliknya bahawa kita hanyalah seorang Hamba ALLAH..
hamba yang x punya apa2..segalanya hanya pinjaman dari ALLAH dan kita akan mati bila-bila masa sahaja..
pergi kadang2 tanpa kata,tanpa bicara...


mungkin ini jawapan kepada soalan2:
"kenapa kena tutup aurat?"
"kenapa orang Islam x boleh makan babi?"

"kenapa orang Islam x boleh minum arak?"
"kenapa kena hormat sangat ibu bapa?"
"kenapa kena solat?"
"kenapa kita BERPUASA?"


semuanya akan kembali kepada satu:
"kerana semuanya perintah Tuhanku,ALLAH SWT,penciptaku,pencipta seluruh alam"
dan disebalik perintah2 ALLAH,Maha Suci ALLAH,terdapat hikmah2 yang tersembunyi..
sama2 lah kita fikir-fikirkan....
kita hanya manusia biasa,yang dalam kisah hidup kita,
kadang2 tergelincir,terlena dek keseronokan dunia..


tapi sampai bila?sampai bila?
sampai bila kita hanya mengejar keseronokan,
dan kegembiraan yang sementara
sedang esok mungkin kita berada di "alam sana..."

~nasihat dan peringatan untukku jua...
Ya ALLAH,moga dunia bukan dihatiku,amin~



Cerita 18 Ramadan : mencari dan memahami

Assalamualaikum..

re-post
kadang2,aku perlu duduk sendiri untuk muhasabah diri
merenung kembali kehidupan sepanjang 21 tahun ini
semogaku tak lalai dengan kemewahan dunia.....


"Memahami makna hidup
aku suka untuk sendiri
Memahami khilaf diri
aku terkadang membawa diri

Mencari jawapan yang pasti
membawa aku di sudut sepi
Mencari ruang waktu
untuk mencorak perubahan diri"



==>bila sendiri



Cerita 17 Ramadan : Kerana akhirnya kita di sana bukan di sini...

Assalamualaikum..


kenapa re-post?KERANA AKHIRNYA..
kerana aku perlu muhasabah diri...


Seperti yang kebanyakan cintakan
aku juga cintakan
tapi jika dunia yang menjadi kecintaan sepenuhnya
ketahuilah,ia tiada kan kekal selamanya.
Saat kau memandangnya,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat kau  membencinya,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat sahabat menegurmu,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat kau menegakkan kebenaran,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat kau dicaci kembali,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat kau lemah,fikirkan tentang akhiratmu,
Saat kau dilambung pujian,fikirkan tentang akhiratmu,
Kerana akhirnya kita di sana
bukan di sini...
(saiyidatul,2011)

Tuesday, August 16, 2011

Cerita 16 Ramadan : Mak saya menangis...

Assalamualaikum..


Ini kisahku-Wardina Safiyyah

"Mak saya menangis..malu sangat....".
"Mak saya doakan sy x menang pertandingan tu"
"...Ibu saya di tingkap,tengok je saya,dengan airmata dia yang menitis,saya keluar.."





"Tetapi kerana kesabaran dan saya percaya kerana doanya
maka saya berubah seperti hari ini.."
"doa ibu itu adalah antara doa yang paling makbul sekali.."

Kita yang menentukan kita nak berubah atau x
Sekali kita dah mengambil satu langkah yang baik
sedikit demi sedikit..
InsyaALLAH kalau kita berusaha,ALLAH pasti akan tolong
ALLAH akan beri,hantar insan2 yg baik di sekeliling kita
mungkin tanpa kita sedar...
mungkin tanpa kita sedar..
kita dikelilingi mereka yang baik2
atau mungkin kita akan jumpa seorang yang baik dalam perjalanan hidup ini....


"Ya ALLAH,janganlah Kau tarik balik nikmat hidayah yang telah Kau berikan kepada ku.
Ya ALLAH,janganlah Kau tutup pintu mata ini dari segala kebaikan yang 
sebenarnya jelas di depan mata ku...
Ya ALLAH,janganlah Kau tutup pintu hati ini dari 
menerima segala nasihat dan teguran...
Ya ALLAH,aku mohon dengan sangat.....mohon dengan sangat.."
Amin...

Saturday, August 13, 2011

Cerita 13 Ramadan : Ramadan di Faris Petra

Assalamualaikum..

Masa kat sekolah menengah dulu,waktu nak sahur..bangunlah ramai2 pergi dewan makan

sampai beratur semua..hehe

Lepas sahur,warden asrama selalu bangunkan nak sembahyang subuh masa bulan puasa.

Ye lah,lepas sahur je,best je kan nak baring2 atas katil..hehe
masa tengah baring2 lelapkan mata tu arr,,bunyi pengunguman....:p
pastu kdg2 cikgu tunggu kat masjid..akupun pernah gak la kena..hehe:p

Masa nak bukak puasa pulak,berduyun-duyun datang dewan makan..seronok je bila fikir balik
penuh je dewan makan..pastu,lepas azan,baca doa tu,
"keting!,keting!,keting!"  teka bunyi apa??
bukan sudu garpu ye,tapi bunyi biji kurma yang masuk tray..memang gege(bising) jugak la..hahaha^_^

Yang best,kadang2 dapat makanan free..ade orang bagi...pewwitt..korang ade??hihi;p
lepas tu,nampakla student first yang bangun dah siap makan,,ceewah....awal kan dia siap..:p
kemudian,,semua yg leh solat pergi masjid...

Lepas solat tu,pergi prep malam..mcm biasa lah kan ..study kat kelas
lepas habis prep tu,,haaa..singgah lagi kat kantin kak zai(famous ni  :p)
beli burger,kerang, dan sebagainya...

seronok je kalo ingat balik...

sekarang duk universiti,mana ada dah macam tu
tak de warden  dah nak announce sentiasa..hehe
tak de dah bunyi bijik kurma..
"keting!keting!keting!"
tak de dah burger paling murah...hehe

kenangan..kenangan....^_^

di sini saya ingin mengucapkan terima kasih warden asrama ku yang selalu sentiasa ada untuk kami
cikgu paridah!Terima kasih cikgu:)




Friday, August 12, 2011

Cerita 12 Ramadan : cinta yang ni cinta yang mahal!^_^

Assalamualaikum..


Sungguh.Cinta bukan mudah. Cinta sebenarnya bawa tanggungjawab yang berat ke bahu.-hlovate


Cinta lagi...
baru2 ni dengar kisah  putus tunang
sangat sedih kan... :(
sedih sebab mesti sangat pedih rasanya
kalau dah putus cinta pun sakit
apalagi,di tahap pertunangan...
Tiba-tiba terfikir bende ni......
Aku cuma rasa berat sebenarnya apa yg dinamakan cinta ni
maksudnya cinta tu bukan sekadar kita rasa nak memiliki seorang insan
tapi lebih dari tu
kawanku berpesan" bila sebut "saya cinta awak", sebenarnya maksud yang patut difahami adalah"saya ingin bertanggungjawab ke atas awak.."


dan bila sebut tanggungjawab,ia sesuatu yang besar,perlu diteliti dari sebelum kawin dan lepas kawin.
maksudnya??emm..
tanggungjawab kita sebagai seorang Islam..
persiapan kita ke arah perkahwinan..
batasan2 yang kita perlu jaga jika kita jatuh cinta
emm,cinta yg sedangku kongsikan ini bukanlah tentang couple,atau seumpama dengannya,tp ini cerita tentang cinta yang memang fitrahnya ada...
semua ni sepatutnya kita fikirkan...
Jadi,saya menasihati diri dan semua wanita dan saya sangat memaksudkannya..
kepada wanita,janganlah biarkan diri kita mudah disentuh 
oleh lelaki yang tidak sah menjadi milik kita
kita hanya untuk suami,yang halal untuk kita...
kepada lelaki,kamulah pemimpin,pelindung  kepada wanita....
cinta sepatutnya memberikan kita kekuatan bukan sebaliknya...
tpi ntahlah,adakah kita tersilap langkah?moga tidak....


ok,itu je untuk kali ni..^_^
seterusnya,kita fikirkanlah bersama...
kita pon kan dah besor panjang,so,bg 
aku memang layaknya nak fikir soal hati ni
tp perlu hati2:p


emm...cinta yang aku maksudkan ini bukanlah cinta murahan...cinta yang ni cinta yang mahal!^_^


jom baca buku ni..Best!:)


sumber= di sini

Cerita 11 Ramadan : Ketika hidupku tertekan....UJIAN HIDUP

Assalamualaikum...
Ujian Hidup-IM Asyraf,IM Aran,IM Abe,IM Nuri,IM Azhar




Ketika hidupku tertekan
Mengaburi pedoman
KepadaNya akan kupergi
Untuk mencari bimbingan

Kuserah takdir di tanganNya
Mengukir perjalanan
Walau ujian hidup melanda
Kutabah menerima kerana

Walaupun tak dikurnia kemasyhuran
Walaupun tak dilimpah kemewahan
Hatiku tetap akan memuji
NamaMu selalu Ya Rabbi

Walaupun tak diberi kemakmuran
Akan ku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi
Kerana mengurniakan nyawa ini

Dia di hati selalu
Memberikanku petunjuk
Apabila pemandangan samar

Biarpun hidup digoda
Ujian dan pancaroba
Pasti ada hikmah di akhirnya


11/08
-demam:(

Wednesday, August 10, 2011

Cerita 10 Ramadan : "Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu.."

Assalamualaikum...


Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu
bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu,
bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka sedikitlah orang yang memberi peringatan.

(Imam Hassan al-Basri)


Cerita 9 Ramadan : HambaMu Allah

Assalamualaikum..

HambaMu



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Monday, August 8, 2011

Cerita 8 Ramadan :Anda percaya pada CINTA sebelum.......

Assalamualaikum..



Anda percaya pada CINTA sebelum NIKAH?


Saya..
Percaya..
Cinta itu..
ada...

Segala panduan telah tersedia
di dalam sunnah Nabi SAW
dan Al-Quran
hanya tinggal kepada kita kini
bagaimana untuk mencorakkan cinta itu
sama ada cinta itu menjadi satu kekuatan dalam kehidupan
atau sebaliknya....

U will find the way...InsyaALLAH...

Sunday, August 7, 2011

Cerita 7 Ramadan :Changing for good is not a crime^_^

Assalamualaikum..


Hari tu terbaca satu status kat FB
yang lebih kurang maksudnya mcm ni


"Skrang ramai kawan2 yg share tazkirah,hadis,kata-kata hikmah 
harap2 kekal walaupun lepas habis bulan Ramadan"
 :)


Bila fikir balik,betul jugak tu..
Bagusla kalo kita semua berlumba-lumba buat bende baik
X salah kan?:)


Pada pendapatku,
Puasa ini suatu latihan kepada kita umat Islam sebenarnya..
Sebab dalam berpuasa kita menahan diri dari lapar dan dahaga
menahan anggota badan melakukan perkara tak baik
menahan hati kita dari penyakit2 hati
dan mencuba yang terbaik untuk semuanya


Sebulan kita berusaha untuk melakukan kebaikan
kadang2 kita mungkin tak sedar
yang kita sedang berubah ke arah lebih baik
Nanti lepas dah habis bulan Ramadan
sama2 kita check balik diri kita


"Apakah aku masih seperti dulu,atau sudah berubah menjadi yang lebih baik?"


Dan akhirnya semuanya kembali kepada niat kita
kerana manusia boleh berkata apa sahaja yang mereka suka
tp di akhirnya ia hanya diantara diri sendiri dan ALLAH..
marilah kita melakukan yang terbaik..:)




changing for good is not a crime..:)


changing for good is not a crime =) [versus revisited]



Saturday, August 6, 2011

Cerita 6 Ramadan :Inilah Kisahku

Assalamualaikum..

Perjalanannya mencari hidayah...

Sebak dengar kisah Sham Kamikaze,
terasa semua ni penuh dengan ketulusan hati dia..
Semoga ALLAH mempermudahkan urusan dia dan kita semua..Amin


Hlovate:
"..bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.."

tetapi...

Hlovate:
Berubahlah walaupun payah
Berubahlah ke arah hidup lebih indah

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)




                              

Terharu bila melihat isteri dia.
Bagi aku,isteri dia seorang yang tabah dan sabar.
ALLAH mendengar semua rintihan hambaNya..

Kita bagaimana?
Seruan apa lagi yang hendak kita tunggu?
Sedangkan Nabi Muhammad SAW telah lama menyeru umatnya 
untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Sedang ALLAH SWT telah lama menyeru hamba-hambanya
 untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Semua sudah tersedia luas terbentang 
 di dalam Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW..

Kita bagaimana?






Friday, August 5, 2011

Cerita 5 Ramadan :Antara garisan

Assalamualaikum..


Pernahkah kita merasakan bahawa hidup ini hanya dipisahkan oleh SATU GARISAN sahaja?BAIK dipisahkan oleh satu garisan disebelahnya JAHAT.
Bagaimana syaitan itu sentiasa mencuba untuk menyesatkan manusia tidak kira siapa pun dia.Yang kuat dan tahan akan godaan itu,terselamat,tetapi yang tidak,apakan terjadi?
Semoga kita dijauhkan dari hasutan dan bisikan-bisikan syaitan...


Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu) sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripadaku.”
[Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani ]


 Bayangkan kertas putih ini merupakan kehidupan kita.
Dan di dalam kehidupan kita terdapat satu garisan.

Ada antara kita yang menjadi baik,
yang menggelar dirinya baik,yang menganggap dirinya baik,
dan ada juga yang jahat .
Tetapi pengakhiran kehidupan kita tiada 
yang mengetahui kecuali ALLAH SWT.
Mungkin kita kekal?atau sebaliknya?


Akhirnya kita akan sedar..
tiada guna kita mencaci mereka yang jahil,
menghina mereka sedang mereka tidak mengetahui.,
menghina mereka seolah-olah kita lah yang sempurna..
mengapa mesti sombong? dan takabur?
Sedarlah,pengakhiran cerita hidup kita mungkin berbeza.
Bersyukurlah dengan nikmat Hidayah yang ALLAH kurniakan..

Sama-sama kita muhasabah diri...

Thursday, August 4, 2011

Cerita 4 Ramadan :Kemilau Mutiara Raudhah

Assalamualaikum..

Dah masuk hari ke-4 bulan Ramadan:)

"Lalu kata mereka
langit kawannya bumi
laut pasangannya pantai
siang temannya malam
petang sahabatnya pagi
isteri pula pendampingnya suami"
"Bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi,
lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?"

~Kemilau Mutiara Raudhah

Jack:
Sejurus pintu lif ditutup,lif itu bergema dan Jack tersandar ke belakang.Terlepas pegangan beg daripada genggamannya........
"Ada orang mengaji dalam lif ni rupanya.Siap ada terjemahan lagi.Canggih!"

Raudhah:
Raudhah menceduk lagi budu itu,dituang ke atas nasi pula.Orang lain buat budu tu macam appetizer je,Raudhah ni dah buat macam itu la main dish.Tauke budu pun boleh bankrap macam ni.

Sumayyah:
Sebab aku dengan kau bukan mahram.

Ahmad Izzat Mubasyir:
"Adil ke kalau awak tuduh semua tu salah saya?"

Raudhah:
"So..nak cakap,marrying me is one of your mistakes?"

Tok Ayah:
"Uda,sejahat mana pun manusia kita tak boleh hukum dia masuk syurga ke neraka. Iman dia kita tak pernah tahu. Allah yang tentukan semua.Apatah lagi kalau orang tu dah bertaubat Uda."

~Kemilau Mutiara Raudhah,hasil kreatif seorang pelajar perubatan SAIDATUL SAFFAA.

Inilah novel yang aku katakan di entry sebelumnya(Macam mana nak jadi baik?)
best tau novel ni...
bayangkan,ada ke resort yang macam dalam novel ni??
emm..unik!!:)
pastu, boleh belajar cakap Terengganu..hehe
pastu, ada kisah umrah mereka.
pastu,leh belajar arab sikit2..hehe
pastu,belajar pasal medik jugak..
bagi aku,novel ni menginsafkan dan menyedarkan kita semua
Kepada wanita2 supaya menjadi isteri yang solehah.
Kepada lelaki2 supaya menjadi suami yang mampu 
membimbing isteri ke jalan yang diredoi ALLAH.

menariknya, perjalanan Jack kembali kepada fitrahnya Ahmad Izzat Mubasyir.
perjalanan Cat bergelar Sumayyah.
perjalanan Raudhah menerima hakikat kehidupan bahawa manusia punya masa silam tersendiri.

Semoga kita semua menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.Amin.

Wednesday, August 3, 2011

Cerita 3 Ramadan :Macam mana nak jadi baik?

Assalamualaikum...


Dapat baca buku VERSUS..^_^,Hlovate penulisnya.~thanks idah sebab bagi pinjam buku ni:)
Baca buku ni membuatkan aku,kejap pusing kiri,kejap pusing kanan,kejap tutup buku tengok atas..kejap lagi,berhenti baca dan mula muhasabah diri..ntahlah...terasa banyakkkk sangat kekurangan diri..-_-'
solat,pemakaian,pergaulan...banyak sangat yang kena perbaiki...


Aku quote sikit sebanyak dialog2 dalam novel ni ye.


Minn:
Macam mana nak jadi baik?    
AO:
Saya...nak jadi baik..
Skate tak salah.The life that comes with it yang payah nak dibawa.


Hairi:
Tak salah untuk ubah one thing at one time.Something is better than nothing.
Ked:
I want my own blood to be loved,so I've got to love my lady just as much. I want good husbands to take care of my sisters,and know I've got to play it square by trying to be one.
Sungguh.Cinta bukan mudah. Cinta sebenarnya bawa tanggungjawab yang berat ke bahu.


Sun:
Changing for good is not a sin.
Though it'll cost you blood and tears for a start.


Dan kerana kita tak sempurna,kadang2 lupa dan melakukan kesilapan.Perlu ada insan yang menegur dan menasihati. Kalau tidak,kita akan hanyut...hanyut.....


Minn:
Sebab tu kena ada awak untuk ingatkan saya.
Jasmin:
Dan sebab tu awak kena ingatkan saya juga.


"Kalau kita tidak mahu mendengar teguran dan nasihat,ia akan menjadi satu kerugian yang besar dalam hidup....
kalaupun susah untuk menerima teguran dan nasihat,belajarlah untuk mendengarnya dengan lapang hati,kerana siapa tahu nasihat dan teguran itulahlah yg akan membantu kita bila terpaksa memilih antara dua jalan 
kehidupan..."


Kesimpulannya:
Definisi baik itulah yang kita sendiri kena belajar untuk fahami.
Kita mungkin tidak dapat menjadi sempurna,
tetapi kita boleh menjadi yang lebih baik
to be a better Muslim..and for me,to be a better Muslimah...

Hlovate:
"..bukan mudah untuk berubah
dari tanpa arah ke sejadah,
dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan.."
Hlovate:
Berubahlah walaupun payah
Berubahlah ke arah hidup lebih indah


Membaca novel ni,mengingatkan aku pada satu novel lagi,,,nak tau novel apa?Tunggu esok...InsyaALLAH^_^

Tuesday, August 2, 2011

Cerita 2 Ramadan :Bintang-bintang berkelipan

Assalamualaikum..


Dulu masa aku sekolah menengah,ada seseorang kongsikan ini:

"Aku lebih suka melihat bintang daripada bulan
Walaupun kecil ia masih kelihatan cantik
Walaupun kekadang tersembunyi namun ia tetap menjadi perhatian
Walaupun tidak begitu jelas,namun ianya mampu membuatkan jiwa tenang
Hati mampu berkata-kata riang
Kerana sesungguhnya bintang itu sentiasa berkelipan
Adakalanya bintang tidak muncul tapi cukup2 pasti ia tetap berada di sana.."

Aku suka tengok bintang2 malam2..cantik sangat..dan ALLAH penciptanya..
rasa tenang je dapat tengok bintang2...
kalau korang ada masa tengoklah cite ni kat tv al-hijrah 114
SIGN OF THE CREATOR
bagus dan best! ^_^


Kesimpulannya,

ALLAH pencipta segalanya....
maka janganlah kita menyombongkan diri di atas muka bumi ALLAH ini..

 ==================================================================
nak baca cerita tak?
tau tak mana aku dapat cerita ni..:p
mestilah aku penulisnya..nantikanlah novel keluaran aku..hahaha^_^
(ntah bila la boleh siap ni....)

Faiz membuka pintu. Pemandangan dari tingkat 4 memang cantik. Apatah lagi di waktu malam. Suka dia memandang ke langit, melihat bintang yang jauh dan berkelipan.Walaupun kadangkala tidak kelihatan namun masih dan  pasti ada. Dan cahaya bulan yang sentiasa menawan.
“Bintang-bintang bertaburan,
Di angkasa,angkasa raya,
panduan mereka yang berkelana”
Faiz menyanyikan lagu kumpulan Saujana. Dia amat suka akan lagu itu. Lagu yang mengingatkannya pada satu nama dan wajah penuh kelembutan itu.
“Bulan dan bintang menjadi saksi ,
kebesaran Illahi.”
Tanpa sedar,jernih air mata bertakung di kelopak matanya.Tersekat-sekat nada suaranya. Akhirnya,dia berhenti menyanyi dan memejamkan matanya. Ingatannya terus kepada ummi kesayangannya. Sering kali di waktu dia masih kecil,ummi selalu menemaninya di beranda rumah sebelum dia tidur. Melihat langit malam yang sungguh indah.
Kata ummi,
“ Subhanallah,cantik kan ciptaan ALLAH,”ummi menuturkan lembut kepada Faiz.
“Iz Faizal Faiz,"ummi memanggil nama Faiz sambil mengangkat dan meletakkan dipangkuannya.
“Iz tengok bintang tu,walaupun jauh tapi tetap bersinar dan berkelipan,dan kalaupun bintang tak kelihatan di waktu malam,tapi bintang sebenarnya tetap ada walaupun dilitupi awan,"ummi memberitahu Iz.
“Kalau satu hari nanti,ummi dah tak de,ummi pun tetap macam bintang,walau dah jauh dari Iz,tapi ummi sebenarnya sentiasa ada. Ada dalam hati Iz,”ummi tersenyum memandang si kecil itu.
Faiz memandang umminya. Dia hanya diam mendengar semua cerita ibunya itu.
“Ummi nak  pergi mane?” Faiz bertanya hairan.
“Ummi mungkin akan pergi jauh,jauh sangat”,ummi memberikan jawapan yang ringkas tapi sebenarnya amat mendalam maksudnya.
Faiz mengelap matanya. Air mata nyata tak mampu dibendungnya lagi. Dia rindu pada satu nama.Nama yang penuh berjasa dan penuh kasih sayang padanya. Sekarang ummi telah tiada. Kanser hati yang di hidapinya meragut nyawanya. Umurnya baru 9 tahun ketika itu,tetapi apa yang berlaku ketika itu masih segar dan sentiasa senang dilakarkan dalam mindanya.Hanya air mata menjadi peneman melihat ummi kaku di depan matanya sendiri tanpa gerak lagi.Faiz menarik nafas panjang. “Ummi tetap ada,ada di dalam hati”, Faiz berbisik perlahan. Dia menarik nafas perlahan.Ada nada sebak dalam helaan nafasnya.Angin malam menyapanya. Mungkin turut bersamanya melayan kerinduan itu.
Kelibat dua orang lelaki bergerak laju menuju ke arah fakulti. Faiz relax sedikit berbanding Alif yang memang kalut  apabila kuliah Dr. Azhar di pagi hari lagi. Faiz menarik bahu Alif................................

:)