Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, January 27, 2012

Apa sebenarnya niat aku?

Assalamualaikum..

Sejak kebelakangan ini,aku rasa sesuatu yang lain bila ingin berkongsi sesuatu maklumat atau ilmu di blog,facebook mahupun twitter. Bukan tidak ingin berkongsi,tetapi aku mula mempersoal kepada diri sendiri
mengapa aku ingin kongsikan semua ini?

Contohnya, bila aku baca tentang cinta,tentang couple,tentang dating,kemudian aku rasa aku perlu kongsikan apa yang aku baca tu.Tetapi aku mula bertanya diri,kenapa aku perlu buat macam tu? Adakah kerana aku rasa itu tanggungjawab sebagai seorang Islam? Adakah kerana ingin memalukan seseorang?Adakah kerana ingin menjatuhkan seseorang?Adakah kerana ingin mengenakan seseorang?Atau adakah kerana ingin menunjuk hebat? kerana aku tidak couple?

Semuanya kembali kepada niat kita kan? Itulah yang membuatkan aku terdiam dan berhenti seketika. Tidak jadi ingin berkongsi. Bukan kerana aku sombong,atau kedekut ilmu,tapi kerana aku rasa aku perlu muhasabah diri. Aku diam dan berfikir,apa niat aku sebenarnya. Aku jadi risau,kerana kadang2 aku mungkin tak sedar perbuatan aku hanyalah sia-sia.Menyampaikan tapi dalam masa yang sama niat yang tidak betul.Aku jadi risau tentang itu. 

Astagfirullahaladzim..

Bila aku diam dan berfikir tentang niat aku, aku mula mengingatkan kepada diri sendiri,kalau niat aku bukan kerana ALLAH,muhasabahlah diri...bimbang jika apa yang baik itu diakhiri dengan tidak baik.
Aku cuba belajar dari kesilapan silam.Aku juga ingin berubah ke arah yang lebih baik. Memang kita tidak perlu hipokrit dalam hidup. Macam lirik lagu "Menjadi diriku"

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku

Tapi kita boleh berubah menjadi yang lebih baik kan? Masih menjadi diri sendiri,tapi dengan mengambil contoh-contoh yang baik daripada orang lain. :)

Kita mungkin ada prinsip sendiri. Tapi bila orang lain tegur tentang prinsip kita yang mungkin kurang sesuai,pasti ada sesuatu yang perlu kita fikirkan. Bukan hanya tahu marah dan berhujah balas sahaja, tetapi sudah tiba masanya kita diam dan muhasabah diri dahulu.
Mengapa mereka mengatakan aku sebegitu? Betul ke apa yang mereka kata? Salahkah aku sebenarnya?
Kadang-kadang kita rasa kita betul,tapi sebenarnya salah...Kita kata cara orang menasihat salah,tapi bagaimana dengan kita?betulke cara kita?Kita kata cara orang berdakwah tidak berhikmah?bagaimana pula dengan kita?Ungkapan2 apa yang kita gunakan dalam berdakwah?Diri sendiri tahu ini...

Semoga kita akan terus ingat-mengingatkan antara satu sama lain. Dalam pada masa yang sama, perbaiki kelemahan diri sendiri. Dalam pada masa yang sama,sentiasa tanya diri sendiri, apa sebenarnya niat aku?


adakah ini cuti yang terakhir untuk aku?





2 comments:

  1. salam!

    nawaitu & 'ikhlas' hanya Allah s.w.t yg tahu;

    Ada satu kesah:

    Imam Ghazali djemput utk mmbri ceramah d'sebuah masjid. Apabila beliau smpai, masih tiada sesiapa. Kemudian smbil mnant beliau pn mmbersihkn masjid. Tak lama selpas tu, hadirlh pngnjur majlis tersebut. Dia brtanyakn kpd Imam Ghazali mengapa beliau mmbrsihkn msjid trsbut. Imam Ghazali mnjwb krn beliau tidak tahu yg mna satukh amalnya yg ikhlas selama ini.

    sekadar pkongsian melalui stu artikel yg pnah dbaca. Ceritanya ingt2 lupa, scara ringkas. Allahuaklam.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian:)

    Daripada ‘Umar bin al-Khaththab (semoga Allah meredhainya), dia berkata, Rasulullah (selawat dan salam ke atas baginda) bersabda: “Sesungguhnya amal itu tidak lain hanyalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap orang hanyalah apa yang dia niatkan. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah untuk dunia yang dia inginkan atau kerana seorang wanita yang ingin dia nikahi, maka hijrahnya adalah kepada apa yang dia berhijrah kerananya.

    ReplyDelete