Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Monday, February 27, 2012

Kisah cinta

Assalamualaikum..

Cerita ini bermula dari sekolah menengah.Aku tahu aku tak pernah bagi jawapan yang pasti pada dia,tapi dia setia jugak tunggu aku..Sebab masa tu aku risau,aku takut,betul ke perasaan aku ni?
Boleh tak simpan dalam hati je?
tapi bila dah habis SPM,tunggu nak masuk matrik,dia dah dapat masuk U,
satu ketika,aku mula fikir dengan 
seseriousnya,fikir betul2........................................................

Bila aku amik keputusan untuk hanya menjadi teman biasa..aku menangis..aku sedih.
Tapi kamu tahu apa yang aku fikir masa itu?
Aku fikirkan tentang dia.
"mcm mana dia nak study,kalo asyik nak mesej aku?"
Aku nak dia kejar cita2 dia,sebelum mengejar cinta.

Tapi memang aku sedih masa itu.Sebab dia memang seorang yang baik.
Walaupun aku x pernah beri jawapan yang pasti,tapi dia seorang yang setia...untuk satu tempoh yang lama..lama.....lama...

Aku kemudian masuk Matrik........................................................................................................

Dalam masa aku memutuskan untuk hanya berteman biasa ,sebenarnya aku simpan rasa setia
harap dia akan menunggu,seperti mana aku setia menunggu,harap dia menjadi separuh dari hidupku suatu hari nanti

Tapi rupanya aku ibarat bertepuk sebelah tangan,banyak benda terjadi selepas itu
dan aku melalui satu fasa rasa kecewa dan berkecai

Tapi aku x salahkan dia
malah aku letakkan kekecewaan yang aku alami itu
disebabkan diri aku sendiri

Masa kat matrik jugaklah,aku banyak belajar untuk memperbaiki diri......................................................

Dalam ruang lingkup rasa kecewa,berkecainya hati aku itulah
aku mula belajar untuk memperbaiki diri sendiri,dari situ jugak aku sedar yang aku dah banyak buat salah
lalai dengan cinta manusia
Dan bila aku fikir kembali,aku bersyukur dengan perpisahan ini
aku bina kembali kekuatan yang pernah lemah,aku cuba
dan ALLAH itu Maha Kuasa,Penentu segalanya.

Sehinggalah aku masuk UPM.................................................................................

Aku cuba mengelak dari dia
tapi sampai bila?
Aku rasa mcm kejamnya aku..kalau hingga tahap ini aku lakukan..
Apa salahnya,aku jernihkan suasana,asal aku tahu perasaan itu telah hilang 
dan asal aku yakin hanya sayang seorang kawan yang ada untuk dia..

Satu hari di UPM,masa tu mungkin tak ramai orang di sini,sebab H1N1 merebak........................

Aku ambil keputusan untuk bertanya berkhabar
Ternyata aku lebih lega selepas itu,Bukan kerana aku kembali dengan kisah itu
tapi kerana aku rasa aku tidak memutuskan hubungan sesama kawan

Tidak lama selepas itu,aku dapat tau kehidupan bahagia dia dengan si dia
Aku rasa biasa,Tiada lagi rasa sedih,kecewa
semoga dia bahagia

Baru-baru ini,aku bukak facebook,aku gembira sebab........................
Kamu tahu bila aku dapat tahu keputusan exam dia
aku suka untuk senyum
kerana aku tau dia berjaya sekarang :)

Sehingga sekarang........................................................................................................................

Kamu tahu apa yang aku belajar dari perpisahan ini?
Sakit,menyakitkan..
sebab aku rasa bersalah,apakah aku dah mempermainkan perasaan dia?

Kamu tahu apa yang aku belajar dari perpisahan ini?
Sakit,
apatah lagi bila kenangan2 lama datang

dan jujur,
Aku tidak dapat memadamkan kenangan2 dulu
Aku tidak dapat melupakan perjalanan kisah hidup ini
Tapi aku dapat sesuatu dari kekecewaan dan kesedihan aku

aku dapat KETENANGAN..
aku rasa tenang,
kerana aku dapat menghindari diri dari melakukan perbuatan2 yang 
mendekatkan aku dengan zina
sebenarnya,itu cukup menenangkan.....
aku rasa tenang...
itu sudah cukup memadai untuk mengubat segala-galanya..
Kepada ALLAH aku kembali

Jika ditanya tentang perpisahan itu
Aku berpisah kerana ALLAH....

Benar,dalam ruang lingkup perpisahan itu
aku belajar untuk mengenal apa itu cinta..

Janganlah terlalu bersedih atas masa lalu yang pernah terjadi pada dirimu. Cubalah menutup rapat-rapat dan mengikat masa lalumu dengan KEIKHLASAN.....
                                                                                                      -Aku Islam

Alhamdulillah,syukur kepada ALLAH untuk nikmat iman dan Islam,untuk segala-galanya..



Aku tidak pernah akan mengetahui apa yang akan terjadi selepas detik ini..
cuma aku akan berusaha dan aku berharap...
cukuplah kiranya jika dapatku akhiri
bukan untuk menjadi kekasih sebelum nikahku
tapi untuk menjadi isteri,permaisuri di hati si dia....

InsyaALLAH ^_^

No comments:

Post a Comment