Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Thursday, February 9, 2012

Rupanya, aku yang terleka....

Assalamualaikum.


Sekadar Perkongsian. 
Saya minta maaf,mungkin pernah kamu terguris hati.


Sudah tiba masanya kita mengambil berat.
Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati zina! -APAKAH TERLARANG BERCINTA SEBELUM KAHWIN?
Semakin aku meningkat dewasa, semakin aku belajar tentang cinta. Memang menarik. Cinta itu satu anugerah. Kamu mungkin lebih memahami.:)
Aku pun pernah berbuat silap dalam menilai erti cinta manusia. Aku juga berbuat silap menilai manusia tentang cinta. Kadangkala kerana perkara silam, aku jadi agak emosi. 


Ada satu kisah dalam hidup aku,juga kerana khilaf aku...membuat aku benar2 diam seketika. Hanya kerana bimbang yang lain akan terjebak sama. Aku mula bertanya, kenapa nak marah? Kenapa tak nak ikut? Salah aku kah?
Dalam muhasabah diri, aku tersedar,
Rupanya, aku yang terleka.... 
Rupanya, aku yang terlupa...
Astagfirullahaladzim..


"Walau bagaimanapun, hakikatnya kita hanya mampu berusaha menyampaikan teguran atau nasihat, manakala hidayah untuk menerima dan berubah itu adalah milik Allah. Allah jua Maha Pemberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Oleh yang demikian, kita tidak seharusnya berasa kecewa atau putus asa andainya kumpulan sasaran kita tidak menerima teguran kita. Sebaliknya kita perlu berusaha menilai upaya menegur kita agar lebih berkesan di lain waktu."- Menegur secara berhikmah


HIDAYAH ITU MILIK ALLAH,sebagai hambaNya cubalah semampu kita untuk menyebarkan kebaikan walau kita manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. 
Selepas dari kesedaran itu, aku mula lebih tenang dalam menghadapi kehidupan. 


Semakin aku dewasa, semakin aku belajar, dan semakin aku sedar,
Masing-masing punya jalan hidup sendiri, Memaksa seseorang memilih sebulat jalan kehidupan kita bagi diriku bukanlah pilihan yang terbaik. Kita hanya menyampaikan, semoga satu hari nanti, kita dapat menilai yang terbaik untuk kehidupan di dunia dan akhirat:) 

Sekadar Perkongsian. 
Saya minta maaf,mungkin pernah kamu terguris hati.


No comments:

Post a Comment