Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Wednesday, February 8, 2012

Sudah tersemaikah di dalam hati?

Assalamualaikum..

Sabar dan syukur. Sudah tersemaikah di dalam hati?

Perjalanan  kehidupan manusia sentiasa ada turun dan naik. Ada ketika, manusia berada di atas,puncak kebahagiaan, kesenangan dan kejayaan. Ada masa juga manusia terjatuh ke bawah. Terjerat dengan pelbagai ragam  manusia sendiri. Lumrah, ketika di atas rasa gembira membaluti diri. 
Tapi sayang, jika gembira itu tidak dikawal hingga timbul perasaan riak dan takbur. Bukan senang untuk seseorang itu berjaya. Tetapi kadangkala segalanya nampak menjadi senang dengan mengambil jalan pintas namun sebenarnya sempit di penghujung.


Mungkin kehidupan manusia ibarat roda yang berputar kadangkala di atas dan dibawah. Tika roda berhenti seketika dan manusia berada di bawah pusingan roda, ketika itu senyum mungkin bertukar muram yang tiba-tiba. Kadangkala jatuh membuat manusia diam lama, sukar menerima kekalahan dan kejatuhan dalam hidup. Apa tidak, keseronokan berada di puncak roda kehidupan juga satu nikmat dunia.  Untung bagi mereka yang redho dengan ketentuan ALLAH SWT. 

Melihat jatuh dan gagal itu ujian hidup yang perlu dihadapi dengan tabah, dan mungkin cabaran untuk melawan  rasa takbur, bangga diri yang mungkin cuba dan mula ingin bercambah di dalam diri. Sebelum akarnya mencengkam kuat di hati, hentikan siraman air gelap yang hanya akan membinasakan diri. 
Maka, jatuh dan gagal itu dilihat satu landasan untuk muhasabah diri. Tersasarkah aku atau masih di jalan yang lurus? Bersyukurkah aku atau telah lama aku lupakan segala amalan menuju akhirat?


Tanyakan pada diri, apabila senang dan berada di puncak, semakin dekat dengan ALLAH atau sebaliknya? Tanyakan pada diri lagi, apabila jatuh dan gagal dalam hidup, semakin dekat dengan ALLAH atau sebaliknya? 

Sabar itu perlu dan sentiasa perlu di didik pada diri. 
Berpesan Imam Syafie : Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang ALLAH. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.


Sumber gambar2: google

No comments:

Post a Comment