Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, April 1, 2012

Apa yang tak selesai.

Assalamualaikum..

Banyak perkara yang jadi sebelum ni, dan masih banyak yang bakal terjadi.Harus aku lalui juga. Juga kamu.
Tak sesegar dulu aku suka membuat catatan di blog ini. Entah, terlalu banyak yang terjadi. Hingga aku rasa ingin diam. Aku banyak belajar dari semua yang dah terjadi. Kesakitan bukan mudah untuk ditempuh. Tapi kita perlu, agar kita tahu apa itu erti sihat. Jika sakit itu membawa hati kita pulang kepada ALLAH. Maka, biarkan..kerana akhirnya kita akan rasa itu tenang. Tapi niat itu perlu betul.

Kamu tahu, baru2 ini aku rasa terkesan bila soal "Dosa manusia dengan manusia dibicarakan."
Perasaan ibu bapa , kawan2 pernah ke disakiti oleh kita? Pernahkah di tipu, dianiaya oleh kita?
Oh,mungkin tanpa kita sedar. Sungguh, terkadang kita  tak perasan.


Andai ada seorang manusia yang melakukan dosa dengan Allah, lalu kita kutuk. Hina, caci. Kita lemparkan kata - kata kesat padanya dan kemudian, kita ajak manusia lain untuk bersekutu dengan kita untuk mencacinya.
Kita keji, dari rupa paras fizikalnya, sehinggalah ke peribadi serta keluarganya. Kita betul - betul jelek melihat dia melakukan dosa dengan Allah.
(sedih aku tengok)
Dan sekarang, semakin lama semakin ramai yang bersetuju untuk mengkeji manusia itu. Keji berjemaah.
Sampai suatu hari, manusia yang dikeji itu, bertaubat dan memohon ampun dari Allah Ta'ala. Jika dia benar - benar insaf, dan mahu bertaubat, kemungkinan besar, taubat dan ampunnya diterima Allah. Maka selesai sudah, dan dia sudah insaf, sudah berubah. Bukan kerana dikeji, tetapi kerana dia mendapat hidayah. Alhamdulillah.
Apa yang tak selesai.
Dosa kita dengan dia, yang selama ini kita maki caci, keji. Juga mengajak manusia lain untuk mengkeji dia.
'Kalau berdosa dengan manusia, kita kena mintak ampun dari manusia"
Habis.
Manusia tadi sudah bertaubat dan insyaallah Tuhan ampunkan dia. Tapi kita akan terus berdosa dengan manusia itu.
Ada terfikir?
-Zahiril Adzim

Sebenarnya banyak yang ingin aku kongsikan. Benda baik, biarlah disebarkan,kan?:)Perlahan atau laju perkongsian ini, moga aku sempat sebelum diriku pergi tak kembali......

No comments:

Post a Comment