Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, March 9, 2012

Kenapa hati tak tenang?

Assalamualaikum...

-'Kita sering merungut mengatakan Allah tidak adil apabila kita tidak dapat apa yang kita doakan. Adilkah kita kepadaNya.? Hanya dekat kepadaNya ketika susah, menjauhkanNya ketika senang.?- -beautiful words

Hari Jumaat..
perkongsian dari kuliah di surau semalam..

1. "Kita mampu menutup aurat sepenuhnya semasa solat, tetapi selepas solat, adakah kita mampu mengekalkannya?"

Lelaki dengan kain pelikat,seluar yang lepas dari lutut,perempuan dengan telekung...
Jom sama2 hayati solat kita.

 2. "Kenapa hati kita tidak tenang?" "Adakah kerana tidak cukup solat kita?"

Dalam perjalanan pulang dari surau,aku pun bertanya jugak pada diri sendiri,
Kenapa hati tak tenang?asyik marah je?kenapa?Adakah kerana ketidaksempurnaan solat kita?

Solat memang solat…tetapi kenapa ianya masih tidak mampu menghalang dari berbuat dosa. Bukan salah solat. tapi mungkin salah cara kita dalam bersolat. ==>SOLAT TETAPI MASIH BUAT MAKSIAT


Allah SWT berfirman yang bermaksud:


Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Ankabut: 45)



No comments:

Post a Comment