Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Wednesday, March 7, 2012

Selotip luka

Assalamualaikum..

Hari tu kan masa aku sedang membasuh baju,tiba-tiba jari aku luka. Sakit. Tapi aku teruskan membasuh. Selang beberapa minit, jari tangan sebelah aku luka juga. Sakit. Tapi aku teruskan membasuh baju sehingga selesai.
Alhamdulillah,berjaya.
Sakit masih terasa, sakit sekuat mana pon hidup kena teruskan. Tak kan x nak pergi kelas, sebab jari sakit kot?kehkeh..Nak ke kuliah, nak solat,semuanya perlu diteruskan walau jari tangan masih sakit. Aku ke koperasi, beli pembalut luka,err..selotip luka( haha,apa dah nama tu?:p) aku beli sampai 10.haha..banyakkan?
Untuk bekalan sebab aku dapat rasa yang sakit ini lambat sembuh. Sehingga sekarang aku masih gunakan selotip luka itu.
Tapi aku dapat lihat luka itu semakin sembuh.Aku akan sabar menanti hingga sakit itu sembuh sepenuhnya. Aku kena kuat supaya dapat teruskan hidup ini. Jika aku asyik nak merungut, aku hanya akan menjadi tertekan dan banyak perkara tak dapat diteruskan.

Itulah ceritanya. ^_^

Ini kisah benar, Tapi manusia yang membaca mungkin mempunyai tafsiran yang berbeza.
Mungkin akan ada mungkin yang menganggap  cerita ini hanyalah satu simbolik tentang sakitnya hati dan perasaan.
Mungkin juga ada yang mentafsir, mungkin ini cerita hanyalah perkongsian biasa semata-mata.
Atau mungkin jika ada yang menganggap kisah ini satu cetusan motivasi untuk terus teruskan kehidupan walaupun banyak halangan di depan,kiri dan kanan.

Ya,terpulang anda!^_^
tapi untuk aku, kisah benar dari sendiri ini mengajar aku tentang banyak perkara.
Yang pasti,lain kali kalau aku nak basuh baju,aku kena lebih hati-hati. Jangan main kasar2 sangat. Supaya aku dapat kurangkan risiko untuk luka lagi..ceewah ayat:p

Pengajaran dari kisah benar ini ialah:
1. sama-sama kita fikirkan.

Manusia yang dapat menerima perbezaan dalam hidup, akan lebih memahami kehidupan-kata2 ini  masih x dapat ku lupakan..hahaha...from Dr Jusang ^_^

"Tak semua orang boleh faham kita. Menceritakan kebaikan diri, di sangka show-off. Menceritakan kelemahan diri, di sangka berfikiran negatif. Dalam diam, ada yg lebih suka tentang kelemahan kita berbanding kekuatan. Bukan senang nak memahamkan orang. 1000 patah perkataan pun takkan mampu. Makanya,kadang2 diam itu sangat bernilai." :')  
-Dedeknom Nisa


Adakah itu realiti hidup?Atau hanya perasaan semata?
Jawapannya,terpulang pada anda :)






HTML Comment Box is loading comments...