Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Monday, April 2, 2012

hanya perhentian untuk melepaskan penatku.

Assalamualaikum

Dah lama x berpuisi, bermadah pujangga..:p

Berlari-lari
apa yang dikejar
atau sedang dikejar
penat aku hentikan langkah
Biarkan angin itu menjentikku
biarkan,agar sejuk dari panas
larianku hilang

Duduk
terduduk aku lemah
deras degupan jantung
masih tersisa
bila akan reda

Tenang
cuba aku cuba untuk tenang
dari kepenatan yang sedikit cuma
sudah aku keluhkan

Biarkan aku
dengan penatku
biarkan aku
dengan rentakku
irama yang sayu
untuk kali ini 
saja

Ku lihat ke belakang
jauh aku tinggalkan
semua yang memenatkan
Ku lihat ke depan
makin dekat 
dengan semua yang memenatkan

Hakikatnya
tiada aku dapat lari
dari semua yang memenatkan
kerana duduk nya aku kini
hanya perhentian
untuk melepaskan penatku.

U can do it, datul! ^_^

2 comments:

  1. Awak..i miss you..

    Kuat dio berpuisi loni. buleh ganti A Samad Said nih. :)

    ReplyDelete
  2. amboi2..hahaha...
    lamonye ,menyepi,
    apa cerita trkini,
    sudah berpunyakah di hati?
    atau masih mencari-cari?:P

    ReplyDelete