Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Thursday, June 7, 2012

Cinta datang lagi

Assalamualaikum..


Untuk perkongsian,buat kamu yang sudi membaca. Tapi jangan di salah anggap. Aku tiada niat lain selain ingin berkongsi.Semoga mendapat manfaat bersama.Maaf jika ada hati yang terasa. Itu bukan maksud aku... Mohon pengertian....



Cinta kalau bahasanya hati... itulah cinta hakiki

Kasih jika dasarnya Rabbi... itulah kasih sejati

Cinta ini pasti akan diuji kerana itu sudah tradisi janji...
(Jendela Hati 1993)


Cinta oh cinta
kenapa begitu payah,atau complicated? sehinggakan hati yang tenang pula berdebar-debar.

Kalau aku katakan,aku juga sedang jatuh cinta, apa kamu percaya?
Kamu pernah rindu dia?Kamu rasa nak mesej,tapi kamu sabar dan kawal.
Kamu pernah rasa nak jumpa dia? tapi kamu sabar dan kawal.

Ya,aku suka dia. Tapi,ya,bagaimana?
Boleh beritahu aku caranya?

Cinta, semua orang pasti ingin bercinta,x kisahlah siapa pun kita,aku seolah yakin,kamu juga ingin bercinta.
Tapi,ya,bagaimana? Aku juga sedang mencari cinta. Bukan mudah,bila kita bertahan dengan apa yang kita ingin pertahankan..
"jangan couple la,buang masa je."
" malaslah nak ada boyfriend,penat nak gaduh"
"kau tak penat hari2 dating?"

Kadang2 jadi bosan, bila sendiri, tak de menemani. Kadang2 gembira melihat orang lain,punya boyfriend.
Aku pun jadi rasa ingin satu,tapi,ya..bagaimana?
Kadang2 pula aku rasa senang dengan single,tak perlu nak berdepan dengan cabaran2 bercinta.Nak merajuk, nak marah2,nak cemburu, nak habiskan duit, nak rasa sakit putus cinta..Semua tu aku rasa penat. (aku ok..mungkin bukan kamu..hehe)

Ungkapan2 ini bukan kutuju kepada sesiapa,tp ia realiti yang aku sendiri alami. Melihat keadaan sekeliling aku, aku juga jadi ingin bercinta.Tapi,ya,bagaimana?
Sungguh bila aku tidak menggalakkan orang bercouple, tp pada masa yg sama aku x ingin melihat mereka yang sudah berperasaan cinta putus begitu sahaja. Bayangkan perkenalan selama 7 tahun putus begitu sahaja.  Mungkin cara mereka salah,mungkin jalan yang mereka pilih salah

Tapi di mana kita yang selalu melaung-laungkan tidak perlu couple ini bertindak untuk membimbing mereka?
Mereka suka sama suka, perlukah mereka putuskan hanya kerana mereka bercouple,atau perlukah mereka teruskan jika matlamat hidup mereka berdua sudah jelas di depan mata?
Atau bagaimana?Kongsikan padaku,agar aku lebih mengerti.
Aku tau pendapat aku mungkin mendapat bangkangan.

Banyak perkara terjadi sebelum ini membuatkan aku berfikir serious tentang cinta.
Bagaimana mungkin hati yang begitu menyayangi boleh meluahkan segalanya dengan marah apabila bergaduh. Bagaimana mungkin hati yang dulu kebal x minta menangis, boleh senang mengalirkan air mata kerana kecewa dalam bercinta..
Pada aku ada satu perkara penting dalam perhubungan "kejujuran"
lihat lah kembali di tahap mana rasa jujur kamu pada dia.
Kamu percaya semua ni?Ya, realiti hidup. Terjadi padaku.
Bagaimana jika satu masa kamu berdepan dengan seorang kawan meluahkan isi hati,kesedihan,kekecewaan,sedih dengan apa terjadi..
Saat itu apa yang sepatutnya kamu katakan pada dia?
" x payah la sedih,kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum" atau
" kau lupakan je dia, ramai lagi yang lain" atau
" sabarlah,jangan terlalu bersedih" atau
" kalau kamu rasa perkara ini akan selesai,pasti akan selesai"

atau bagaimana?

jujur,aku ambil masa agak lama untuk menyusun ayat .Mungkin bukan yang terbaik untuk dia.
" Tapi,aku harap membantu awak dalam membuat keputusan.Mungkin bukan untuk masa itu, tapi satu hari nanti"


Bagaimana jika satu masa kau berdepan dengan satu situasi : seorang sahabat yang meminta pandanganmu,
" aku nak clash dengan dia"
Apa yang harus kau bicarakan pada dia?
"baguslah..putus je" atau
"kau yakin dengan keputusan kau?" atau
"kalau kau ada matlamat hidup ingin berkahwin dengan dia, jagalah batas-batas pergaulan"

Pernah kamu terfikir semua ini? Ini realiti,terjadi dalam hidupku.
Saat itu aku berdepan dengan banyak perasaan. Tapi sebagai seorang kawan,aku juga perlu jujur pada dia.
dan
"Aku sayangkan kamu kawan dan aku doakan kamu kuat"


Semua yang terjadi ini mengajar aku banyak perkara.
Memahami itu bukan mudah. Tapi itulah yang aku pelajari.....
Memaafkan itu bukan mudah.Tapi itulah yang aku pelajari....
Aku belajar untuk memahami mereka.Kehidupan kita,persekitaran kita berbeza.Kerana itu aku perlu memahami mereka...
Aku belajar memaafkan walau hati aku pernah terguris dengan kata- kata yang amat pedih.
Terima kasih kerana mengajarkan aku semua ini...

Kisah cinta...

Ingin aku beritahu sesuatu, senang untuk kita mengungkap tentang cinta..
Tapi saat kamu jatuh cinta, barulah kamu akan mengerti, apa itu cinta.
Di saat itu, kamu akan tahu betapa sukarnya untuk 
berperang dengan apa yang ada di dalam dirimu.
Tewas atau tidak, kita punya pilihan hidup..pilihlah yang terbaik...

Aku juga di dalam dilema...-_-..It is not easy...but I must try my best..

Belum pernah saya berurusan dengan sesuatu yang lebih sulit daripada jiwa saya sendiri, yang kadang-kadang membantu saya dan kadang-kadang menentang saya.. - Imam Al-Ghazali

Tapi,suka aku ingatkan buat diriku dan juga kamu...
Bermujahadah...

Semoga kita semua kuat hati dalam membuat pilihan hidup...bukan hanya untuk dunia, juga untuk akhirat...

Maaf untuk segala kekurangan...





No comments:

Post a Comment