Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Saturday, August 25, 2012

Aku, si baju hijau dan bilik susu

Assalamualaikum..

Jumaat : 24/8/2012

Keadaan agak lengang. Aku di bilik seminar membuat apa yang aku rasa patut. Hari Jumaat. Di klinik diet, keadaan juga agak tenang.Melihat buku appointment, pesakit-pesakit akan datang menurutnya. Tapi mungkin juga tidak datang. Kadangkala jangkaanku meleset. Tunggu saja dengan sabar.

Masa berlalu. Tak akan tunggu aku. Kelihatan si baju hijau di bilik seminar. Oh,pesakit dari wad. Dietitian menghampiriku,menerangkan segalanya. Ya, supaya aku faham. Teliti dietitian memberi panduan. Satu persatu. Waktu aku untuk bersedia. Memberi yang terbaik untuk si baju hijau. Dari fail keras terkandung nota-nota kisah hidup pesakit. Aku cuba fahami situasi dia. Pedal edema, fluid restriction, 500m. Oh,hati mula rasa kesian. Diagnosed with Diabetes mellitus. Oh,bagaimana perlu aku tenangkan hati dia. Aku mula bercerita. Cuba mencari maklumat mendalam lagi. Works as a cleaner.

Teringat cleaner di universitiku. Melihat mereka bekerja, membersihkan fakulti tercinta. Ingin aku pesankan, wajar mereka dihormati. Jangan sesekali dipandang rendah,dihina,dicaci. Kononnya yang tinggi intelektual dan cita-cita hebat belaka,bertapak di menari gading yang memang gah di mata, tapi kalau generasi ini tak mampu kau hormati, tiada kelasnya! Seiring ketinggian akademik, perlu sama jalan dengan ketinggian adab dan budi pekerti,?Tak begitu?

Ok. Di mana kita tadi. Selesai mencari cerita, aku mula mengorek rahsia. Makanan pilihan yang selalu mengisi perut di kala lapar. Perlu aku teliti. Cuba mengenal pasti semua mungkin ada kaitan dengan penyakit itu. Suka dia makan buah dan sayur. Bagus! Pilihan yang bijak. Selera makan dia juga baik. Gembira aku. Kerana selera makan penting supaya dia masih mahu terus mengisi perut tidak dibiar selalu kosong.

Aku mula menyusun kata-kata. Cuba ku aturkan sebaik mungkin agar dia faham. Moga dia fahami dan dapat menyusun semula pemakanan hidup hariannya.
Aku ingin dia selalu sihat,untuk diri sendiri yang bekerja kuat untuk keluarga dia.
Moga sihat selalu...

Si baju hijau berlalu keluar menunggu di luar bilik. Sekejap lagi akan ku telefon ward. Meminta agar case note dan pesakit di bawa naik kembali. Aku meneruskan menyiapkan nota pemakanan di helaian itu.
Student dietitian, Saiyidatul. Cop dan sign dietitian sudah pasti mesti ada di situ juga.

Case note ditutup.

*****************************************************************************


Kelibat pesakit masih tidak kelihatan selepas itu di kawasan ini. Aku mula mendapat idea baru. 

Langkah kaki di hayun laju. Selaju yang boleh. Eh, kenapa?Nak kemana? Tiada kemana.Saja,mahu cepat jalan.
Tak perlu cepat sangat pun. Kitchen hanya berjiran saja dengan klinik diet. Hanya beberapa langkah sudah dapat dicapai muka depan pintu.

Daun pintu dikuak. Bunyi bising, entah dari mana yang pasti mula menyirap masuk ke gegendang telinga.
Pandangan mata tertumpu pada bilik di satu sudut sebelah kiri. "Buka!" Satu garis senyum untuk pagi yang indah. Kelihatan Auntie C sedang sibuk menyempurnkan tugasnya. Sekejap lagi pasti,ramai PPK(Pembantu Perawatan Kesihatan) yang datang. Ingin berbual,tapi tangguhkan dulu niatku. Aku juga punya misi penting. Aku mengalih pandangan kepada deretan susu yang tersimpan di rak. Aku ambil satu, Nutren Junior. Aku ambil lagi satu. Pediasure. Satu lagi. Ketocal. Dan seterusnya.

Suasana jadi berubah. Kedatangan PPK yang akan mengambil liquid supplement menggamatkan suasana. Keramahan Auntie C bila ditambah keceriaan PPK di sana membuat aku senyum di belakang. Kerjaku terhenti separuh jalan bila aku dan Auntie C mula berborak. Banyak yang diceritakan dan dikongsi. Auntie C masih tabah melaksanakan tugasnya. Sebagai senior, teladan yang baik memang selalu ingin ditunjukkan. Dalam 5 tahu  lagi,Auntie C akan pencen. Dalam menunggu waktu itu, menjaga store makanan, menyusun menu hospital dan menjaga store susu sudah menjadi rutin kerjanya.. Oh,dapat kurasa kepenatan itu. Auntie  C cerita lagi tentang kisah hidupnya. Tentang anak-anaknya. Sebenarnya,sudah beberapa kali bertemu anak-anak Auntie C. Boleh tahan.:p
Panjang lagi cerita ini,cuma dah aku pendekkan saja.

Masuk seorang pekerja. Bercerita dengan Auntie C. Mungkin ada rasa yang ingin dikongsikan bersama. Aku hanya dengar sambil mataku dan tanganku ligat menyiapkan kerjaku. Tapi sebenarnya,sudah hilang fokus. Hehe..Aku lihat Auntie C sudah menjadi seperti seorang ibu juga di sini.
Jam menganjak pukul 12.00 tengahari. Sudah tiba waktu rehat. Hari Jumaat.Rehat yang agak panjang.

Bilik susu siap sedia untuk ditutup. Kelihatan masih ada saki baki susu yang belum di ambil . Pandailah mereka mencari Auntie C selepas ini.

Aku beredar dengan harapan,banyak pelajaran yang dapat aku ambil....

No comments:

Post a Comment