Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Tuesday, August 14, 2012

Hati yang semakin merapuh...

Assalamualaikum..

Air mata mencurah di pipi
rasa hiba meresap di hati
aku dengar...
bacaan ayat suci Al-Quran
Hati rasa getarnya
mengenang masih hijau diri
penuh kejahilan

Ketika masa berlalu pantas
aku terduduk membungkam diri
Cuba menebak dugaan yang hadir

Apa yang membuat aku begitu lemah
hingga helaian surah itu sukar untuk dibelek?
Sedang masa yang telah berlalu
aku begitu gembira dengan dunia
aku mampu bergelak ketawa
seakan dunia akhir hidupku

Apa aku lupa?
akhirat yang kekal abadi...

Seringkali aku membina kekuatan
tapi
seringkali juga aku senang rebah
Aku tanya lagi
pada sekeping hati yang kian merapuh
pada sehalus jiwa yang mula pudar
Mengapa Al-Quran hanya di tepi
di pandang sepi...

Wahai diri
Jangan jadi kacang lupakan kulitnya
Tatkala sedih mencengkam hati
baru dipandang,baru di baca ayat suci Al-Quran

Tapi di mana hati yang senang itu
ketika gembira menari di sisi?
Mengapa mudah dilupa?
bila hati mula selesa?


Biar aku nangis
biar aku kecewa
asal aku sedar
Al-Quran sebagai panduan...


Ingat kita sebagai hamba
kembalilah kepada pencipta kita
ALLAH

Room, Sarawak
8.33pm, 14 Ogos 2012

No comments:

Post a Comment