Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, August 12, 2012

"kamu dah bertunang?dah ada calon?"

Assalamualaikum..

Beberapa hari lg,aku akan menamatkan out patient training..
betul la ayat ni.."all skills are difficult,before they are easy".

Sebenarnya ,aku sendiri tak tahu sama ada aku dah ada improvement atau tak.Risau jugak. Tapi setiap hari kena yakin pada diri yang akan baiki diri sendiri.Kurangkan kesilapan,elakkan buat silap yg sama. Ada hari aku rasa sangat down. :(
Nak bagi kaunseling pon x ada semangat. Tak tahu kat mana silap.Mungkin aku tak sedia fizikal dan mental. Aku rasa bersalah kalau x dapat buat yabng terbaik. Tak beri kaunseling dengan baik.

Bila aku fikir balik,patient datang jauh2 kat hospital ni semata2 nak dapatkan kaunseling,aku jadi bersalah kalau tak buat terbaik untuk mereka. Terlalu banyak cerita dan bayak faktor yang aku kena ambil kira.
Nak cakap makan itu,makan ini,jangan makan tu,makan ni..memanglah senang,tapi patient mcm mane kan?Dapat ke nak cari makanan2 yg terbaik tuk kesihatan mereka?Sosioeconomy?kat rumah sape jaga?sape masak kat rumah,sape beli barang dapur?Dietitian selalu pesan kat aku, "put urself in others' shoes." 

Ada masa aku rasa tensen, sebab aku x tahu apa yg aku buat tu dah terbaik ke belum untuk dia.
Selalu selepas kaunseling patient obesity,aku jadi diam lama,fikir lama. Sebab,ada je masalah mereka sampai x dapat nak buat perubahan. Aku selalu fikir apa yang boleh aku buat selain bagi kaunseling pasal makanan.
Hari tu ada seorang patient, 12 years old,obese, bila aku cakap pasal makanan ni..sampai satu tahap aku tengok dia sedih. Aku jadi sedih la pulak...Aku pon tanye dia,apa perasaan dia,marah ke,sedih ke,x puas hati ke. Baru lah dia cerita lepas tu.. Aku beritahu pada parent mereka supaya bagi galakan dan sokongan. Jangan asyik marah,ye arr..bimbang anak akan memberontak. Sebaliknya,bagi ganjaran kalau berjaya turunkan berat badan.(Jangan bagi makanan,bagi mainan ke,basikal ke..)

Tersenyum bila jumpa patient orang Kelantan. Patient datang tuk dapatkan nasihat tentang diabetes semasa mengandung. Melihat buku pink tu,pasangan suami isteri itu dua2 guru kat Sarawak ni. Terbit rasa kagum pada mereka. Sanggup duduk jauh dari Semenanjung semata-mata nak mendidik anak bangsa. Senyum je aku masa jumpa patient orang Kelantan.^______________^. Gembiranya lain..haha,,Aku pon tak tahu kenapa aku rasa sangat gembira. Tiba2 aku rasa x sendirian...Mungkin orang Kelantan begitu dengan hati aku. Sama jugak cerita masa kat Semenanjung,Hospital Serdang dulu. Aku jumpa patient dari Sabah. Tersenyum aku...^________^. Masa tu aku sangat happy. Aku rasa x sendirian kat semenanjung ni...Kalau nak tengok aku senyum lama,berikan padaku,orang Sabah dan Kelantan..hahahaha


Satu hari,kawan aku dari USM(dia praktikal foodservice kat sini) tanye aku,
"kamu dah bertunang?dah ada calon?" 
Masa tu serious,aku terkejut. Tak sangka akan ada orang tanya aku mcm tu.Hahahaa
Aku gelak la masa tu..dan jawap........(teka2..haha)

Soalan2 sebegitu nampak memang biasa, tapi cukup untuk membuatkan aku berdebar.Hahaha..^^
Bertambah debar, bila satu hari.....


jumpa dengan sepasang suami isteri, isterinya panggil aku Dr Atul.haha..saya bukan Dr.
Sedih bila aku dengar dia cakap, "anak2 sibuk". Mereka lak asyik makan kat luar. Tapi mereka kelihatan sangat bersemangat dan happy go lucky. Sibuk mereka mencatat info2 yang aku bagi. Tersenyum aku bila di tanya," dah kawin?masih single?"
Ada2 saja cerita mereka.


Semoga Allah permudahkan.

Ya ALLAH,jika yang aku pilih itu baik untuk aku,keluarga,dan agamaku, satukan hatiku dengan hati dia. Jika sebaliknya,berilah aku petunjuk,berikanlah aku kesabaran untuk menhadapi hari2 mendatang.
Sesungguhnya,Ya ALLAH, Engkau mengetahui segalanya,dan sesungguhnya Ya ALLAH, hanya Engkau mengetahui yang terbaik untuk aku. Amin.




No comments:

Post a Comment