Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Thursday, October 11, 2012

Langkah yang baru

Assalamualaikum

Langkah semakin laju
kerana sedar masa semakin suntuk
untuk aku terus berjalan

Perlahan juga rentak aku 
bila ada batu di depan

Lama-lama aku diam
terduduk di sisi batu
kerana penat
setelah berusaha mengalihkan
batu yang berat itu

Esok hari 
aku masih di situ
masih bersedih
kerana gagal mengalih batu

Tapi
sampai bila aku masih mahu sedih
sampai bila aku masih mahu duduk

Jika aku tidak bangun
dan berusaha lagi
aku hanya akan tetap di sini
di sisi batu penghalang

Sedang banyak lagi jalan 
yang boleh aku pilih
cuma terpulang aku
masih mahu duduk
atau mahu mula
langkah yang baru

Room,Sarawak
10.36pm
 

No comments:

Post a Comment