Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, November 18, 2012

Impian

Assalamualaikum

Impian..
Semua orang ada impian? Betul ke?
Bila aku pergi berjalan-jalan,window shopping
aku selalu berkata dalam hati
suatu hari aku nak buat macam ni,

"aku nak buka kedai roti macam ni,nak tolong orang-orang susah"
'aku nak buka gerai makanan sihat.." 
"aku nak buka kedai gunting rambut,khas untuk wanita,lelaki,no entry!"
aku nak jual murah-murah,untung sikit,tak mengapa
asal semua orang boleh rasa..

aku nak itu,aku nak ini.

bila aku dah habis belajar,
aku nak kerja.
" nak kerja kat kedai roti,nak cubajadi cashier,nak cuba jadi promoter,aku nak jadi cikgu,aku nak mengajar kat pedalaman"

aku nak itu,aku nak ini.

bila aku dah habis belajar,
aku nak sambung Master.
"pemakanan untuk orang-orang tua, atau psikologi atau komunikasi, atau kaunseling"

bila dah habis belajar
"aku nak hadiahkan sesuatu pada kawan batch aku yang pertama jadi dietitian"

bila dah kerja,aku nak beli kereta Myvi
kerana di mata aku,itulah yang paling bergaya setakat ni..^___^

aku nak itu ,aku nak ini.

bila aku dah bersedia, aku nak kawin
dengan dia yang di dalam hatiku
dan anak-anak aku dan dia,baik lelaki atau pun perempuan
semua kena tahu baca Al-Quran,solat,puasa
semua kena tahu cuci pinggan,sapu rumah,basuh baju,masak,kemas rumah,kemas bilik,cuci tandas
abang,adik lelaki kena selalu melindungi kakak dan adik perempuannya
kakak,adik perempuan kena selalu mengasihi abang dan adik lelakinya
tak ada yang terkecuali

aku nak itu,aku nak ini.

bila duit dah cukup,aku nak bawa abah,mak pergi Haji
aku nak pergi sekali.
itu impian terbesar aku.

Ada satu lagi impian,tapi biarlah aku simpan rapi:)

Semuanya hanyalah impian yang jarang sekali ingin aku kongsikan.
Dalam senyap,langkah-langkah kecil sudah dilakukan..
Bagi aku,tak mengapa  perlahan-lahan,asal aku tak pernah berhenti.

Kadang-kadang aku takut untuk berfikir tentang impian
kerana aku takut aku tidak merealisasikannya,kerana aku takut aku tidak menggapainya
tapi bercakap tentang impian juga memotivasikan aku
untuk terus melangkah ke depan

Impian tak akan terlaksana dengan hanya menulis di blog,tak akan terlaksana dengan hanya kata-kata.
Tapi mungkin dengan coretan ini akan mengingatkan aku satu ketika nanti,bila aku terlupa
bahawa aku pernah punya banyak impian untuk diusahakan...

dan di saat itu moga aku sedar yang aku perlu terus bergerak ke depan....

2.57pm
PPUM

2 comments: