Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Friday, September 28, 2012

Aku putuskan untuk laluinya sahaja. Redah.

Assalamualaikum...

aku rasa dah dalam 3 bulan aku praktikal kat Sarawak ni..
tahu ape yang aku rasa?
Ini lah yang aku rasa.Aku hanya ingin meneruskan perjuangan ini hingga akhirnya. Tujuan aku datang sini bersebab.Ada sebab yang kuat.
Banyak cabaran yang datang. Kadang2 aku lelah,penat..tapi di tengah perjalanan hidup ni...

"Aku putuskan untuk laluinya sahaja. Redah. "

Ada waktu, apa yang aku pilih untuk lalui, tidak bersebab. Tiada. 
Aku putuskan untuk laluinya sahaja. Redah. 


Mungkin dalam melaluinya itu, aku akan jumpa sebabnya. 

Mungkin. 


Tapi kalau sebabnya aku tak jumpa, juga.


Bermakna. 

Ia. 

Memang. 

Tidak. 

Bersebab.


Sebab aku pilih untuk melaluinya untuk berada di sana.

Dan bukan disini. 


Jadi jangan tanyalah kenapa aku tiada di sini. 

Kerana aku pilih untuk berada disana.


Sebab?



Doakanku agar dapat menempuhi semua ini..^^

Saturday, September 15, 2012

Doaku untukmu

Assalamualaikum


Dalam nada seperti itu
aku yakin kamu sedang bersedih
walau jauh walau tak bertatap wajah
aku rasa apa yang kau rasa

Bukan tak ingin tanya
tapi diri rasa tak layak
menjadi teman di kala kau sepi
sedang hadirku hanya seketika

Doa aku agar kamu kuat selalu
dalam badai,hujan,atau terik mentari
terus berjalan dengan rasa kuat hati
dengan rasa yakin
Allah pasti membantu mu...