Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Wednesday, February 13, 2013

ATKINS DIET, rendah karbohidrat,tinggi protein

Assalamualaikum

Hari ni gua nak buat kerja =.= baru nak buat ke?
sebenarnya nak baca tentang DIET RENDAH LEMAK bersesuaian dengan projek kami nanti.
Tiba-tiba pulak baca pasal ATKINS DIET.
Haa...apa tu Atkins diet?pernah dengar tak pasal Atkins diet. Best jugak baca pasal Atkin diet ni.

Masa aku praktikal,ada seorang patient, dia kata dia x makan nasi dah,sebab diabetes.
Dia terkejut dan tertekan masa tau kena diabetes. Masa ambil diet history patient, dia dah lakukan perubahan pada diet dia,dengan menekankan makanan berprotein dan  sayuran.

Atkins diet ni pun berkaitan dengan makanan yang tinggi protein dan rendah karbohidrat.
Dalam diet ni menggunakan konsep tidak membenarkan kemasukan karbohidrat ke dalam badan lantas menghalang penukaran karbohidrat menjadi tenaga.

Apa yang berlaku sekiranya karbohidrat tidak ada, ialah lemak digunakan sebagai sumber tenaga.
Proses ini dikenali sebagai KETOSIS. Apabila menggunakan lemak sebagai sumber penghasilan tenaga akan menghasilkan by product yang di namakan sebagai KETONE. Kalau KETONE berlebihan akan membahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan pelbagai kesan negatif.

Makanya, diet Atkins ni memaksa badan menggunkan lemak sebagai sumber tenaga dengan pemakanan MAKANAN TINGGI PROTEIN dan SANGAT RENDAH KARBOHIDRAT.

Masa dulu-dulu, semenjak tahun 1970an lagi, Dr Atkins mula mengembangkan idea diet yang rendah karbohidrat,tapi kurang mendapat sambutan kerana pada masa itu ramai rakyat Amerika 
mengikuti DIET RENDAH LEMAK.
 Tetapi, dipercayai diet rendah lemah tidak memberikan kesan yang maksima untuk menurunkan berat badan kerana walaupun dah kawal makanan berlemak,tapi masih lagi makan makanan berkabohidrat.

Maka,kajian Dr Atkin mendapat bahawa mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Sebenarnya, Atkins diet ini merupakan satu corak pemakanan tetapi diselebungi dengan kontroversi.
Pelbagai pendapat berhubung Atkins diet dan keberkesanan diet ini juga dipersoal.
Kita perlu tahu bahawa OTAK  memerlukan karbohidrat untuk memastikan fungsi otak dapat menjalankan dengan baik.

=> teruskan pembacaan : DIET ATKIN

Sama ada diet ini merupakan diet yang berkesan untuk jangka panjang dan apakah kesan pengambilan protein yang berlebihan perlulah di ambil kira sebelum apa-apa keputusan dilakukan. Ceewah ayat;p


Ingatlah, berat badan berlebihan bukan terjadi dalam satu hari,tetapi mengambil masa yang lama, jadi untuk menurunkan berat badan, adakah berat badan kita wajar turun mendadak sampai mengejutkan badan atau turun dengan cara yang selamat?

Oleh itu, jom amalkan pemakanan seimbang, PIRAMID MAKANAN kan ada !:)

( kalau ada salah,mohon tolong dibetulkan ^_^)








2 comments:

  1. Assalamualaikum

    boleh saya tau tentang penerangan spt

    "Kita perlu tahu bahawa OTAK memerlukan karbohidrat untuk memastikan fungsi otak dapat menjalankan dengan baik."

    apa maksud awak ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      maaf,kalo penerangan di atas mengelirukan..:D

      Makanan berkabohidrat yang dimakan ditukar menjadi
      gula (glukosa) yg membekalkan tenaga pada tubuh termasuk otak agar dapat berfungsi dengan baik.

      Delete