Tiada hadiah yg lebih berharga melainkan nasihat yang baik (^_^)

Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.




Sunday, February 10, 2013

bila tom bertemu yam:p

Assalamualaikum

Cuti..cuti..cuti..
Semalam terjumpa dengan junior kat melaka sentral,junior sekolah menengah,adik dorm.
Lama x jumpa dia. :)
Kawan2 aku balik,sorang balik kelantan,sorang lagi balik negeri sembilan.

Aku tinggal kat area yang berdekatan dengan perumahan yang ramai kaum cina.
Semalam sangat2 banyak bunga api.sangat2 bising..sangat2 meriah..
di sana,sini..tepi,depan,kiri,kanan,belakang..betul...

Oh ya..oleh kerana kat sini ada dapur..boleh masak2:)
Jadi,apa lagi,memandangkan nak menjimatkan kewangan yang semakin susut ni..he..he..he
Kenalah berjimat,jadi beli barang2 dapur,untuk simpanan hari2 yang mendatang..

Lepas jogging and skipping rope (kat rumah sewa je)..besar kan rumah siap boleh exercise kat sana..hehe
Rehat2,maka nak try la masak untuk dinner.

  • BIHUN TOMYAM SEAFOOD
Bahan-bahan yang aku guna simple je..hehe
Ni ilmu aku belajar dari internet dan staff kitchen tempat aku praktikal ni.
menarik kan:)

Aku memang suka makan tomyam..kalau kat kolej..memang makanan yang ada sup,ada kuah lah yang jadi pilihan untuk makan malam..

Bahan-bahan:
1. Bihun
2. Sotong
3. Udang
4. Serai
5. Asam keping
6. Tom yam paste (ada dalam bentuk kiub jugak)
7. Cili hijau
8. Bawang besar
9. Garam

Cara-cara masak senang je..senang-senang pun,biar betul2:)

1. Bersihkan udang,sotong(potong la ikut suka hati)
2. Ketuk serai (bila ketuk tu,serai akan keluarkan aroma nya..emm)
3. Kupas bawang besar( potong la ikut style masing2,tp potong bulat2 comel:)
4. Cili hijau yang kecik tu,bukan kecik sangat,yang besar sikit dari kecik,,hehe..potong tengah.gitu je

a) Ambik periuk,masukkan air,masukkan paste tomyam (semalam guna yang kiub),panaskan,
b) Sambil2 tu,kacau2 sampai kiub tu sebati,pastu masukkan serai,asam keping.Kacau2 lagi.
c) Masukkan udang,sotong,dan tutup.Masak sehingga masak..heehe
d) Pastu,aku masukkan bawang besar.
e) Garam sediiiiiikit..(sebelum letak garam tu rasa dulu,jangan letak je..hehe)

Akhirnya..siap..

oh ya,jangan lupa lembutkan dulu bihun tu..:)

Sebenarnya..banyak lagi bahan yang boleh dicampurkan dalam tomyam ni..ikutlah citarasa masing2
tom yam ni..rasanya ada masam2..sebab tu ada asam keping,x pon boleh letak, perahan limau kasturi..err..betul ke..ala limau yang kecik2 tu..yang sedap makan dengan asam boi^_~

ok..itu saja..
eh x ada gambar bukti ke?emm
memang x ada..sebab x ada kamera..tapi tak apa lah
janji,aku belajar dan simpan dalam kepala dan hati.

~masaklah dengan penuh kasih sayang^_^
 alahai,ni ada apa-apa ke ni dah start main masak2 ni?

No comments:

Post a Comment